Thursday, December 31, 2009

Saturday, December 26, 2009

House/Roommate from hell

Sudah kebiasaan bila masuk Universiti, seseorang itu akan ditempatkan di hostel. Berikut merupakan ciri-ciri rakan sebilik/serumah yang amat menjengkelkan kat aku.

1. Pengotor

Aku rasa dalam setiap bilik, akan ada seseorang yang kalau tak ditegur akan membiarkan mangkuk yang digunakan untuk Maggi terbiar selama 2-3 minggu. Berkulat dia taknak kalah. Memang menjijikkan. Kalau guna sendiri punya tkpe, ni pinjam. Zzzz. Sudu garfu jangan cakap ahh.

2. Suka pinjam barang tanpa meminta izin

Pernah beberapa kali aku terserempak dengan budak bilik aku yang memakai baju aku ke kelas tanpa izin. Tau ah baju aku style dan cutting terbaik, kalau ye pun message pun sudah memadai untuk aku tau. Selain itu, rokok. Memang bahaya jika dibiarkan di atas meja. Silap hari korang baru beli hanya tinggal habuk kat dalam tu. 

3. Tak tutup pintu

Ini memang aku benci. Aku tau ah kau jeles kelas aku lambat, kau pergi kelas pukul 8 pagi biar pintu terbuka, cahaya terang benderang menyuluh ke mata. Pedih bai.

4. Tak tutup lampu bila nak tidur

Kau dah tau kau tidur paling lambat lepas tu lampu terbiar. Aku ni jenis terbangun bila aku dah tidur tapi dalam masa sejam kalau lampu masih tak tutup aku akan bangun. Oh memang best aku tengok kau tidur lena. Aku bangun, tutup lampu, tersepak dumbbell 10kg dekat lantai. Terima kasih.

5. Bising di tengah malam.

Aku tau la kau ada awek yang suka bazirkan kredit untuk kau. Tapi kalau gayut tu tolonglah tone down suara. Gelak mengilai pukul 3 pagi. Eh babi la kau ni.

6. Pelupa

Kau dah tak bawa kunci, orang tak ada dalam bilik. Call aku yang tengah dalam kelas suruh datan Tak dapat ah, jack.

7. Skema dan tak masuk kepala

Hmm tak payah terangkan kot hahaha.


Berikut merupakan list teman serumah/sebilik yang menjengkelkan. Siapa makan cili dia terasa pedasnya hahaha.

Thursday, December 24, 2009

Chyeah

So it would always be like this? Either I leave the  place or you do. Sheesh.

Wednesday, December 9, 2009

Menyepi

Aku sudah lupakan blog aku. Hilang sudah semangat untuk berblog hari-hari seperti dulu. Mungkin kerana tiada internet ataupun sifat pemalas aku yang semula jadi menguasai diri kembali.

Masih lagi di Pahang Darul Bosan, dimana ramai yang meNulIs SePeRti iNi dan gambar di laman web sosial daripada sudut atas kepala hampir 90 darjah.
Cibai.

Jam menunjukkan 4.11 pagi, mata masih tak lelap. Ketandusan rokok membuat aku terus diambang kesangapan.

Aku akan kembali dengan entri seterusnya.

Friday, August 28, 2009

D.A.N.C.E.

"Do the D.A.N.C.E.

1 2 3 4 fight"

Alarm berbunyi. Masih mamai, aku capai telefon. Oh, baru pukul 10.30 pagi. Babi! Kelas 10.30 kot! Aku mandi lalu dan bersiap. 1045 pagi tertera di N82. 

"Weh aku nak berak doh"

Faiz berkata. Dia pemilik Ego yang merupakan kenderaan aku.

Aku tunggu. Aku light Dunhill. Pukul 11 sudah. 30 minit lambat nampaknya aku. Cuak sedikit sebab aku baru lagi di kolej tu. Confirm lecturer mengamuk, takpun dia kunci pintu lepas tu lecture aku untuk setengah jam. Pelbagai benda bermain di fikiran aku.

"Okay, settle"

Faiz hidupkan enjin dan bergerak terus. 1115 dah, aku sempat buat roti sardin lagi. Sampai di perkarangan kolej, aku nampak Mat. Oh, dia pun lambat nampaknya. Muka dia pun seperti kecuakan. Fai dan Ijad menyusul.





"Weh kelas cancel doh"

Mat berkata sambil muka gembira tak boleh bla.

Dalam hati aku hanya mampu berkata, "Babi!".

Saba jeee.

Thursday, August 6, 2009

G02

Aku bangun dalam keadaan berpeluh. Demam memang amat menjengkelkan. Aku capai N82 dan lihat pukul 7 pagi tertera. Aku rasa tidak larat untuk ke kelas pukul 830 pagi, aku kembali tidur.

"Oi, bangun! Pukul 820 dah ni"

Suara Faiz terngiang sambil dia menggunakan baldi Giant memukul aku untuk bangun. Aku paksa diri untuk mandi dan naik Ego ke kolej. Sampai pukul 845 pagi. Ah sudah, lambat pula aku. Dahlah kelas pertama aku.

Aku masuk ke Engineering Survey, lecturer pandang slack.

"Kenapa awak lambat?"

"Saya tadi dah bangun awal Puan, saya macam demam dan rasa macam tak larat, tapi saya bangun juga untuk pergi kelas. Ini semua angkara suntik sel mati H1N1 supaya saya takkan dapat H1N1. Kira saya cam semangat gak aa nak pergi kelas"

"Oo, awat buat kt mana? Berapa ringgit?"

"DEMC dekat Shah Alam puan, RM76"

"Orang kaya la ni? Takpe, awak duduk"

"Eh saya tak kaya puan, atuk saya je sebab dia support"

Aku pun duduklah sambil memasang telinga terhadap apa yang diajarnya. Aku lihat sekeliling.

Aku angkat tangan.





"Puan, saya salah masuk kelas ni. Kelas saya kat sebelah"

..

MALU SIAL HAHA

Sunday, July 26, 2009

IM 15

Sedang aku duduk di cc (malas nak ambil laptop pergi kolej menggunakan Wi-fi), budak-budak hingusan bawah 12 tahun tengah main CS dan melayar Youtube tengok video Shuffle Hardstyle. Zaman kegemilangan aku yang lepas. Aku tidak malu untuk mengakunya.
Aku hampir tiada masa untuk mengemaskini blog aku, layout pn aku biar begitu sahaja. Tunggu saja Renaissance aku.
Kelas masih belum bermula, aku bakal cuti Rabu ni sehingga Ahad. Entah apa aku nak buat ketika kawan-kawan sibuk di Perak, Pahang, Melaka dan sebagainya.
Hari-hari aku dibazirkan di rumah sewa berlebihan orang itu, siang singgah bandar, malamnya singgah Telok Chempedak bersama sumandak. Hmmm.

Aku ingin kembali menapau budak bawah 12 bermain CS.

Saturday, July 18, 2009

Seminggu di KSP

Seperti yang telah dikatakan, aku telah berpindah tempat belajar. Kini aku menetap di Kuantan, tempat (bukan) bersejarah, moden ataupun penuh dengan perempuan memakai pakaian menjolok mata dan mungkin menjolok benda lain sekali. Seminggu dan boleh dikatakan ianya menghiburkan, walaupun rumah aku telah ditonyoh 16 orang (rumah setingkat, 3 bilik 1/2. Nasib baik baru). Ada tiga katil di ruang tamu, kesian aku tengok (padan muka kau).

Seminggu di situ dan aku telah menjejakkan kaki di KP, Mega dan ECM pada hari kedua. TC pada hari ke-empat. Pantai Balok pada hari ke-lima disebabkan sukaneka untuk budak course aku. Futsal pada hari ke-enam. Ponteng kelas pada hari ke-tujuh dan balik ke Shah Alam.

Dan nampaknya drama yang besar bakal mengalahkan Sindarella, Rona Roni Makaroni bakal terjadi. Oh aku sudah mula suka dengan tempat ini. 

Thursday, July 9, 2009

Sorry lambat

But happy birthday blog! You're 1 year and 2 weeks old now hahaha.

Tuesday, July 7, 2009

Perubahan

Mungkin sesetengah antara kamu sudah baca aku akan meninggalkan UniKL MICET. Chemical engineering was my dream job

But, we got to move on, no?

Aku rasa minat aku sebenarnya dalam Mass Communication, tetapi jika difikir long-term, prospeknya tidaklah sehebat Quantity Surveying (Ukur Bahan) yang aku bakal ambil. Apa-apa hal pun, aku taknak kerja dekat kubikel, terperap. Aku nak pergi site dan tengok nama aku terpampang di papan bina, bawah "PROJEK BARISAN NASIONAL UNTUK RAKYAT" yang memang confirm ada di semua negeri pimpinan mereka.

Juruukur Bahan : Wan Muhammad Fahim Sdn. Bhd.

Eceh. Tak salah untuk mengharap bukan?

Walaupun dicampak ke ceruk kampung di Taboh Naning, Melaka, aku masih dapat mencari alternatif untuk hiburan yang boleh mengalahkan Shah Alam. Bagaimana aku nak fokus dekat Kuantan, tengah-tengah bandar pula tu? Disiplin! 

Must. Delete. Dota. Must. Delete. Dota.

Fail.

Tuesday, June 23, 2009

Micet #1

Ketika bermain Dota di bilik Ock, seorang jejaka tampan masuk lalu bertanya

Jejaka : "Daus bilik ni yea?"

Ock : "Ya tapi dia takde"

Jejaka : "Dia dekat mana eh?"

Dengan muka selambanya Ock membalas;

Ock : "Dia dekat Chamber of Secrets kot"

Jejaka itu berlalu dengan muka yang masam. Cubalah teka siapa.

Sunday, June 21, 2009

The unwritten rule of Myspace

Aku nak senaraikan list untuk jadi budak popular di Myspace. Tapi masa waktu 2007-2008 lah sebab zaman kegemilangan aku dah lepas haha. Langkah-langkah ni akan buat korang punya komen mencecah 2 muka dalam satu hari, gambar korang mempunyai komen 80++ dan dikenali ramai.

1. Approve je semua yang add, walaupun nama dia ^*GaMbIt#$%.

2. Add semua hot chick/guys.

3. Untuk mendapatkan komen gambar yang banyak, sila komen gambar "kawan" korang dulu.

4. Gambar tak boleh melebihi 4 keping, paling banyak pun 5 lah.

5. JANGAN mulakan komen dengan "Hey, how are you?", terlampau common! 

6. Letak diorg dekat Top 40 korang baru rasa macam special sikit. Tapi selalunya tahan seminggu je.

7. Gambar biar korang seorang je, jangan ramai-ramai. Walaupun gambar korg depan cermin pun confirm komen banyak. 

8.  Selalu post bulletin dan update mood. Pastikan korang umumkan bila korang ada gambar baru atau edit profile.

9. Letak Lazara/Janda/PELANCAU! depan nama korang, hallamak korang memang terus popular.

Dan dalam sekelip mata korang adalah hot stuff Myspace ;)

Thursday, June 18, 2009

It's official


Bukan tulisan aku, serious.

Sudah selesai semua, keluar aku daripada UniKL MICET. Tapi, ada berita mengejutkan untuk aku.

Akak Admin : Nama awak Fahim? Yang ada blog tu yea?

Saya : Eh, mana akak tau?

Akak Admin: Saya taula.

Saya : Eh, saya promote Micet kot!

Akak Admin : Akak baca yang lain.

Nama aku famous rupanya kt admin tu haha. Saba je.

Saturday, June 13, 2009

CR7

So Cristiano Ronaldo is finally leaving for £80 million. I can't say I didn't expect this. Well, this would be the perfect time for him to go, thanks for the wonderful goals, creative assists and great skills. I remember watching his first game which was against Bolton, he came as a sub, with the famous number 7 etch on his back. The replacement for Beckham, the 18-years old wonderkid. He skipped past defenders easily and make them feel silly, he dazzles on his debut. I had goosebumps. A truly worthy number 7 after George Best and Eric "King" Cantona. Perhaps the best Man Utd player in history. He already confirmed his status as a Man Utd legend. Good luck at the Bernabeu, you'll be missed.

So who's going to replace the World Player of the Year? I'm thinking Nani, Tosic, Ribery, Antonio Valencia, Aaron Lennon, Danny Welbeck, KHYRIL MUHYMEEN ZAMBRI!

Wednesday, June 10, 2009

The downfall

I used to be the kid with the bright future. And to this day, I still believe in that. But being me, I didn't work hard for that to happen. I haven't live up to the hype, yet. There is still time to change. And hence come one of the biggest decision in my life, quitting Micet. I haven't delivered the results that would have been expected of me since SAT's. SPM was a major dissapoinment, so was UniKL MICET. I still live in hoping that the kid in me would somehow pop up again, not having to study but still gaining excellent result. Well, those days are over. I would have to work hard from now on, to realise the potential. 

Both of my parents are lecturer with Ph.D and I must not dissapoint them. Melaka proved to be a disaster and I only have myself to blame. The dreams to invent things to help the environment and people, to produce car running on water, well all of them remain dreams since I'm not pursuing chemical engineering anymore. Chemical engineer, heh. My ambition since Miss Lim said I would have no trouble getting A1 for Chemistry. Look how that turned out.

I used to blame my parents for me not achieving what I had really wanted. In the UK, I was in the High Achievers and well on target for what I used to want to be, architecture. And they decided I need to sit for SPM and thus the journey to Malaysia alone and living with my grandparents. I have always said that if only I have stayed in the UK, I would be in University of Nottingham (hahaha) doing what I do best, architecture. Upon returning to Malaysia, the interest just went up in smoke, I wasn't interested anymore.

My mum made the decision to go to UniKL MICET, but now I'm going to take control of my future. Now all that is left is hardwork. I'm nervous but excited for the future. 

Friday, June 5, 2009

Budak-budak Micet

Janganlah korang sedih sangat ye atas pemergian daku. Walaupun aku tau mungkin ramai yang gembira disebabkan sudah tiada budak yang bajet cool, poyo, bajet style dan pelbagai lagi yang korang label aku. Macamlah aku peduli pun. Sebab korang semua yang melabel hanya poser. Si bajet jambang maskulin, si pemakai topi serta baju sendat. Tu je kot. 

Budak Section F.

Aku rasa tak banyak salah aku kat korang so takde gunanya kalau aku minta maaf haha. Takdelah memain je. 

Alkaline Trio - Radio playing

Aku tau mulut aku ni agak lancang dan suka lepas je. Kalau kau gemuk aku cakap je, seperti Rashdan. Sorry Sedey. Ock yang selalu kena teka teki tekan loceng, Kerol yang selalu kena panggil nerd dan jadi macam hamba aku, Mustika sebab selalu bergaduh pasal hal remeh-temeh, Hariz sorry doh banyak mengutuk kau kata kau manja sebab kau memang pun hihi kurangkan memujuk orang dengan begitu passionate sekali ye. Aiman tkde apa-apa kot. Zakwan yang dilabel gay couple dengan Kerol, korang boleh jadi sweet couple tk tipu doh hahaha. Ina selalu usik dan sorry masa kau jadi director aku pergi cari orang pula. Zarif dengan Awang pn tkde. Black tkde sebab dia jarang ada. Izzi sudah lama pergi.

Dah tkde orang untuk mulakan projek memulau orang haha.

Budak bukan seksyen F

Joe sorry ajar kau macam-macam benda yang tak patut, aku sepatutnya jaga kau tapi kau dah terjerumus nak buat macam mana kan haha. Usama @ Sam sebab kadang-kadang kau minta sebatang aku tak bagi haha. Jaja sebab bagi nickname Stinky Winky dan juga sebab selalu buli kau. Kiro sebab selalu label kau poyo tapi kurangkan mencapap sikit please. Nana, sorry if I've caused you any trouble. Sem 2 langsung tak bercakap, masing-masing dengan hal sendiri, perhaps. Cuti sem 1 selalu lepak but not anymore. Take care of yrself. If it's not for you, I'd be off after sem 1. 

Aku rasa banyak orang yang aku leave out. Well, thnks for the memories.

Thank you UniKL MICET :')

My blog has been compromised

Shitt

Bye

UniKL Micet, it's been good :)

Sunday, May 31, 2009

Nerdd

Seseorang berkata "GET A LIFE. Or a blog. It's a life". Dia cakap get a life menggunakan caps lock, konon nampak macam marah aa. 

Aku setuju sedikit bahawa blog ni ialah life (tiada tafsiran melayu apa untuk benda ni?). Tetapi ianya adalah di alam maya. Mungkin kamu nampak cool gila babi dan mampu untuk menarik awek-awek kampung yang tak pandai menilai, tapi alangkah malangnya ianya hanya virtual, non-existent. 

Ya, memang kita dapat kawan blogger, tapi bila berjumpa awkward. Lainlah kalau kamu memang cool diluar, tapi merujuk kepada blogger diatas, ohh tidak. 

Aku bukan bengang tapi cuma sedikit pelik sebab dia telah menujukan ayat itu terhadap seseorang yang ada life (eceh aku back up ni). 

Sesiapa makan cili terasalah pedasnya ya.

Thursday, May 28, 2009

Heh

I admit, the better team won. Dah, puas hati?

Wednesday, May 27, 2009

Man Utd vs Barcelona

To be honest, I'm nervous about this confrotation. Barca's current team is better than Cruyff's Dream Team, really. But injuries and suspension might just halt Barca. In Messi, E'too, Henry, Xavi and Iniesta, they can shred teams apart. Count Puyol in. 

But, I have faith in the lads to retain the title. C'mon you Reds!

Tuesday, May 26, 2009

Trend

Aku kembali kepada post yang berfaedah. Bagi aku laa kan. Aku nak bercerita tentang trend. Aku malas nak buka Kamus Dewan Bahasa Edisi ke 124201985120981209 untuk tengok apa translation trend. Aku akan membawa kamu ke zaman nostalgia, eceh! Aku akan mulakan daripada zaman yang aku ingat, ketika aku berumur 5 tahun ke atas. Ini tidak dilimit kepada fesyen sahaja.

Sudah tentu, Mighty Morphin Power Rangers disiarkan di TV (aku skip zaman Sesame Street dan Barney. Sukati aku lah blog aku kot). Siri original itu masih aku rasakan yang paling best antara semua. Ketika itu, semua sibuk ingin menjadi Tommy (seperti aku, yang rasa dia jahat tapi jadi baik) ataupun Jason. Masa ini juga, ramai yang membeli permainan power rangers yang kalau tekan kepala dia boleh tukar jadi manusia balik, robot dia tapi tak pernah boleh bercantum (atau ada tapi mahal maka tak pernah nampak) dan suka berkunjung ke Toys'r'Us di Subang Parade. Sudah tentu ada yang membeli jam Power Rangers dan menjerit "It's morphing time!" (walaupun ketika itu taktau apa maksud dia) ketika main Polis Entri (and Thief) mengejar pencuri (si jahat).

Selepas itu, gila kepada Tamiya. Menggunakan kayu hoki untuk menggerakkan kereta, aku dan sahabat Kampung Nakhoda selalu race, tapi aku tipu la. Selalu main dekat bawah Shah Alam Mall. Kumpul duit untuk beli Tamiya sebab Auldey dan Diamond tak cool

Naik kepada sekolah rendah, zaman Street Fighters/King of Fighters. Aku selalu berkejar ke kedai runcit bus stop lepas sekolah habis untuk beli sticker dan lekat di dinding balik. Bila buka cat pun terbuka lalu jadi buruk. Saba je. Masa ni juga ada program susu di sekolah, di mana aku bergaduh dengan kaum minoriti sebab dia amik susu aku. Kesian dia basah kuyup masuk tasik hihi. Ketika darjah 3, gasing menjadi idaman. Dan juga tutup botol. Batu seremban tak main ah, masa tu rasa macam pondan kalau main. 

Darjah 4! Keep on Rollin'. Limpbizkit menjadi gilaan, bersama Eminem. Wajib beli topi NY full cap sebab nak rasa macam Fred Durst. Kena warna Merah juga. Kalau boleh beli seluar jeans NY berkilat sekali, baggy habis! Buat breakdance bajet boleh buat flair tapi hanya reti Helicopter dengan Turtle je. Dan masa ni juga bila sujud semua nak buat Turtle. Ini berlarutan sehingga form 2.. form 3 kalau aku hahaha. Gambar semua sudah didelete ketika zaman hip hop. 

Selepas itu, zaman emo. My Chemical Romance menjadi gilaan. Daripada baju saiz XL terus menjadi S dan semestinya berwarna hitam. Memakai eyeliner, walaupun lelaki (aku tak pernah pakai, mcam bodoh je kalau lelaki pakai. Macam cibai. Macam ****. Tolonglah sesiapa lelaki yang pakai eyeliner tengah baca ni). Suka tangkap gambar sorang-sorang daripada angle atas kepala. Mesti ada gambar yang memegang pisau. Mesti ada rasa nak bunuh diri. Pakai seluar skinny dan Converse. Confirm hitam. 

Ini berlarutan hanya sebentar. Selepas itu, aku telah menjadi seperti aku sekarang. Cool. Apadahal?!

Saturday, May 23, 2009

Life in Techicolor

Okay, taktau nak letak tajuk apa. Lagipun, sudah lama aku tak ada entri sebenar. Akir dan Sam, jaga-jaga ye. Jangan nak udang petai sangat ye hihi.

Tadi sahabat lama UK bertandang ke rumah, setahun junior aku. Sesi masuk untuk foundation di UiTM Shah Alam. Masing-masing ambil Medic, 3 orang. Semua straight A's. Sigh. And they used to look up to me. Teruk dow, sob sob haha. Lose the beard Fifi Doraemon haha.

Aku ingatkan balik cuti ni akan melupakan DoTA, rupanya brodo pun ada yang main juga. Memang nostalgia kembali.

Aku tktau nak tulis apa sebenarnya, tengah tunggu untuk assault hihi.

Lawa kan gambar phone saya punya kamera haha.

Tuesday, May 19, 2009

Akir seorang gay?

Anda jadi juri, lihat gambar-gambar ini:




Hikayat Seorang Nigga #1

Ya, mungkin korang semua dah tau yang brodo dua ekor ni dah buat blog untuk aku. Jelas berapa sayangnya mereka terhadap aku :') . Dan oleh itu, aku khaskan entri kali ini untuk mereka berdua.

Kita mulakan dengan Shamsul ataupun nama glamernya, Sam. Aku kenal dia ni agak lama ah, daripada darjah 4 semasa di sekolah agama. Pada waktu rehat dia sering tengok aku main bola menggunakan tutup botol, dia tengok sebab dia tak hebat lagi masa tu hihi. Semasa itu, aku panggil dia Sham. 

Aku balik daripada UK pada tingkatan 4. Ternampak dia ketika berjalan di sekolah dan terus ingat,

"Eh Sham!"

"Orang panggil aku Sam dow sekarang"

Maka daripada hari itu aku panggil dia Sam. Aku bermula rapat ketika dia masuk tuisyen Mawar di sek 9 pada tingkatan 5. Hampir-hampir nak SPM baru sedar bersama untuk belajar maka rumahnya dijadikan base untuk brodo-brodo belajar, dimana dalam proses ini Sam menjadi ahli brodo. 

Jangan ditipu oleh mukanya yang comel kerana dia mempunyai sifat talam. Tapi tu cerita lama. Sudah lama aku tak tengok dia pergi ke arah ini, walaupun cerita dengan sahabat karibnya di Jengka mungkin lain. 

Mm. Geli. Inilah Akir Macha yang memberikan nama Nigga kepada aku (think Pharell). Lihat sahaja kepada gambar sudah dapat diketahui dia ni agak menggelikan. Dia suka menggaru-garu dan Omar syak dia ni ada HIV/Aids/H1N1 dan segala jenis penyakit. Dia merupakan orang yang paling kuat menipu dan sering tak jadi. 

"Aku tak tipu, aku jep"

Itu merupakan salah satu perkataan dia. Boleh nampak agak loser.  Suka buat lawak tak jadi. 

Tetapi, dia suka tolong kawan-kawannya. Dan dia fasih berbahasa Inggeris (macam tak relevan je?).

Tunggu episod seterusnya!

Monday, May 18, 2009

Saturday, May 16, 2009

Sneaking out

Setelah habis SPM, aku diberi lesen untuk keluar bila-bila masa aku nak tanpa perlu beritahu pun (ini 3 bulan lepas SPM baru boleh). Memang aku guna habis-habisan, sampai sekarang. Tapi lain ceritanya ketika dibangku sekolah. Aku harus sneak out. Aku tau kamu juga selalu buat, eleh jangan tipulah.

Selalunya ketika pukul 12 ke atas ketika ibubapa sudah tidur. Berjalan menjengket, ambil kunci, buka pintu perlahan-lahan (selalu WD40 haha) dan keluar. Adrenaline rush bai masa nak buka pintu. Keluar rumah intai bilik parents, kot kot lampu tetiba terbuka. Alhamdulillah tak pernah terjadi haha. 

Ketika itu, masih naif. Tiada arah tujuan. Selalunya untuk ke pesta sayur kering. Ataupun jumpa ex. Cerita lain. Oh dan bermain pool di Asia Cafe, tempat market Lembah Klang.

Tapi kalau keluarkan kereta, susah dan bahaya. Buka pintu kereta (tanpa menggunakan piut piut), letak handbrake dan tolak ke depan sedikit baru start. 

Dan adalah tradisi apabila keluar menggunnakan kereta ketika tiada lesen akan terjumpa roadblock. Standard ah, remaja. Confirm kena tahan, walaupun buat muka konfiden gila macam bapa orang yang bukan lesen P dah. Dan kena saman (peristiwa pahit bai). 

Kalau kantoi dengan parents agak sakit, seperti member aku rasa. 12 tahun aku tak jumpa dia. Entah macam mana kau sekarang ye Mazlan? 

Kalau kau dah habis SPM dan kau selalu habiskan masa malam di rumah, NERD!

Wednesday, May 13, 2009

Heih

Semakin lama, semakin hilang semangat seorang blogger aku. Seperti 5 tahun yang lepas. Ya, sudah lama aku berblog sebenarnya. Alamat blog lama rahsia. Bahaya bai.

Cuti sem 2 sekarang. 2 bulan untuk melancap, mencapap, mencipap dan pelbagai. Maafkan bahasa saya, saya berasa sedikit kurang ajar. Hampir seminggu sudah aku balik. Tak banyak yang berubah. Lepak, tidur, jogging(...?) rutin harian. Bosan babi. 

Drama politik di Perak tak habis-habis. Untuk pertama kali, aku neutral. I'm on the fence. Ahli politik yang bangang, tolonglah berdamai dan pentingkan rakyat. Jangan sampai aku pergi Perak, bawa 10 kereta (tiru ayat seseorang jap).

Plan cuti:

  • Pergi melancong ke Penang bersama Airil, Pulau Perhentian/Langkawi bersama brodo.
  • Dapatkan kereta dan modify
  • Kerja.. kot
  • Menguruskan badan
  • Tidur puas-puas

Tu je kot. Nantikan entri seterusnya. Eh post aku sekarang macam semakin bosan. Nantilah tunggu aku kreatif. Byeee. 

Wednesday, April 29, 2009

Manchester United vs Arsenal

Aku ingin mengulas untuk perlawanan malam ini. Diantara Red Devils dan Gunners. 3 tahun yang lepas, ini merupakan perlawanan yang susah untuk dipredict.

1. Adebayor vs Vidic
Tidak boleh disangkalkan Vidic adalah salah seorang defender terhebat dunia kini. Mungkin lagi hebat daripada Rio Ferdinand. Walaupun Vidic mengalami dip in form sejak kebelakangan ini, dia menunjukkan his old self sekarang. Walaupun bolos 2 gol lawan Spurs. Expect Adebayor to have a quiet evening on the pitch.

2. Evra vs Walcott
Wallcott is unpredictable, blessed with blistering pace but not the finishing ball. Evra might have a torrid evening at Old Trafford but I''m counting on his experience to contain Walcott.

3. Clichy vs Ronaldo
Why do I even bother to write about this? Okay, so Ronaldo does Houdini when he is needed most, but he's maturing and Clichy is going to be like a dummy against Ronaldo trickery.

4. Fabregas vs Scholes
Old-timer Scholes has been the best passer around, an eye for the killer pass, but that indeed is what Fabregas is. Fabregas is the core of Arsenal's team and he's only 2o years old but the experience of 27 years old. He might not be Patrick Vieira but he will step up. Fabregas will be dissapointed by his team-mates.

5. Rooney vs Kolo Toure
The older Toure will need to be at his best against Wazza, as he witnessed then 16 years old Rooney end Arsenal's unbeaten record with a curling shot past David Seaman. Hot-tempered at times but he had learned to cool it, Rooney will be all over the pitch, roaring the team ahead.

Okay, mungkin aku bias. Tapi, inilah hakikatnya. Final score? Man Utd 2 - 0 Arsenal.

Nama samaran

Hidup di Malaysia, kita tidak akan lepas daripada nama samaran. Mungkin kita tak dipanggil dengan nama yang lain daripada nama kita, tapi kita confirm akan ada kawan yang dipanggil Bob (sebab gemuk), Joe, John, Boy dan sebagainya. Orang Melayu tapi nama Mat Saleh.

Di dalam bilik aku ni, aku seorang je yang takde nickname. Jaja (Azhar), Joe (Fahem) dan juga Sam (Usamah). Aku tak pernah suka untuk ada nama lain daripada Fahim. Pernah juga orang buat nickname untuk aku, tapi tak melekat. Nasib baik. Nama seperti Pua Chu Kang dan Niggas(Akir Macha masih lagi memanggil ini terhadap aku) tidak sesuai untuk aku.

Aku mempunyai beberapa kawan yang mempunyai nickname yang pelik. Salah satunya, Monyet @ Nasri. Sebab sebenar? Berbulu hehehehe. Supercool (ni dianggap kawan ke?) sebab dia memang "supercool". Cikedis @ Am, sebab dia kurus. Gajah @ Izzat sebab dia gemuk hahaha. Jendul Pantas @ JP @ Gonjeng @ nama sebenarnya Hafiz disebabkan dia jendul dan dia membawa motor EX5 yang kononnya pantas haha. Mary nama yang geli. Hahaha mesti kau terasa kan Maryani. Ock@ Qazafi aku taktau bagaimana dia dapat. Bajet nama nak style. Qazafi sudahla haha. Poy@Poyo@Shahrin sebab dia poyo. Bdk FET yang baru mempunyai nama Shuffle. Hm mngkin nama samaran paling _________(ltk perkataan disini) pnh aku dgr.

Sampai disini sahaja entri kali ini, nanti jumpa lagi ye. Oh btw doakan aku untuk final ni. Minta restu korang :)

Tuesday, April 21, 2009

Toyol!

Agak lama aku tak update. Nak cakap sibuk tak, apatah lagi dating sebab aku sudah 2 tahun (and counting!) bersolo. Ceh ayat sedih pula aku. Disebabkan final yang akan berlangsung minggu hadapan, aku nak bercerita tentang toyol, ataupun kertas/nota/gambar dalam handphone yang dibawa masuk dewan, kisah sekolah menengah dulu.

Kelas 4 dan 5 Dedikasi memang notorious budak-budaknya. Tapi kami takde beef dengan Shakur. Setiap kali ada peperiksaan, kelas aku memang rilek. Dan juga apabila soalan objektif, confirm hampir semuanya memperolehi markah yang sama. Cara-cara untuk mendapatkan jawapan objektif adalah dengan kaedah SMS yang selalu diperolehi daripada Cristiano via aweknya, si Afro via tak tahu sumber tapi boleh dipercayai dan apabila Chemistry, aku. Cit nak juga nama -.- . Aku selalu duduk di tepi dinding dan juga paling belakang, maka adalah kerja aku untuk forwardkan kepada kawan-kawan yang lain. Dan masa inilah yang ramai akan bertukar daripada handphone canggih-canggih ke 3310, Butterfly dan seangkatan, sebab senang nak type dan tengok haha!

Selain SMS, cara kalkulator juga boleh digunakan. Bagi je saintifik kalkulator yang berharga RM37.50 +- tu, dan orang sebelah akan type A, B, C ataupun D. Kalau ada F tu lantak kau-lah.

Juga ke tandas. Ini adalah taktik aku dan Sam. Aku selalunya akan dapat SMS, terus gerak tandas. Sam didalam kelasnya yang memperhatikan, akan turun ke tandas dalam masa segera.

Dan didalam tandas juga, akan terdapat pelbagai buku nota setebal 200 mukasurat. Bukan aku punya, orang lain punya. Rezeki depan mata, takkan nak lepaskan?
Kalau aku dengan si kaca mata Armani, aku akan menunjuk satu jari untuk A, dua jari untuk B dan lebih-lebih tula.

Ada juga taktik mencarut.
"Kau ni Anjing!"
"Susah Babi sial soalan"
"Jangan jadi Cibai"
"Dum dum tak?".. (okay untuk D tak ingat)

Disebabkan sekolah suruh membeli test pad berlogo sekolah untuk digunakan, selalunya telah ada nota didalam itu. Tapi cikgu tu takdelah bodoh sangat taknak check. So, simpanlah dalam pencil box ataupun kocek seluar. Masa bermula, terus dikeluarkan dan cikgu takkan suspek apa-apa. Sekali lagi diingatkan, kalau pro sahaja boleh buat.

Kertas lebih juga akan digunakan untuk soalan subjektif dan akan dipass kepada sahabat-sahabat lain. Ada juga taktik bagi kertas jawapan terus, ini dipanggil teknik swap. Memberkan dah siap akan membuat untuk member lain, lepastu hantar je. Taktik ni paling jarang digunakan.

Pernah juga aku buatkan graph Physics untuk 6 orang sekaligus, sampai ke harini aku masih tak faham macam-mana tak boleh kantoi. Kui kui kui (gelak gedik).

Aku juga selalu paling belakang dan tepi, dekat dengan bag. Kadang-kadang kalau rasa teramat kerek, ambil buku terus selak. Cikgu datang, letak dekat atas peha dan tekan ke atas, kan dekat bawah meja tu ada gap. Sekolah aku ada, takkan korang takde?

Tapi waktu SPM memang tak boleh bla. Langsung tak meniru, ianya mustahil. Dan semua orang tidak dapat result yang sama untuk kali pertama. Walaupun kelas aku agak macam cibai sedikit (KELAS AWAK NI LAH KELAS SAINS YANG PALING TERUK DALAM SEJARAH SAAS!), tapi aku tengok semua ada potensi untuk berjaya. Mungkin Amirah Band tidak. Cerita lain.

Maka adik-adik yang mengambil SPM tahun ni, abang (lol!) tak menggalakkan bawa toyol, tapi kalau boleh, bawa lah ye. Hahaha.

Sunday, April 5, 2009

Bertukar

Mak aku orang Jepun manakala ayah aku orang Sweden. Aku pun tak tahu aku lahir di mana sebenarnya, tetapi aku tahu aku mempunyai banyak kembar. Pelbagai rintangan yang aku tempuhi sebelum sampai ke tempat sekarang, Malaysia. Ketika disitu, aku bangga disebabkan aku jauh lebih cantik dan sofistikated berbanding rakan-rakan yang lain. Akhirnya, aku telah dipilih, kemungkinan besar diatas kemampuan aku yang luar biasa ketika itu. Tetapi malangnya, aku dihantar kembali oleh tuan pertama aku. Ditempoh menunggu, aku hanya senyap, menunggu masa untuk dibelai sekali lagi. Selepas lama menunggu, aku telah dipilih sekali lagi. Akan tetapi, kemampuan aku hanya biasa sahaja jika dibandingkan dengan khidmat yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan yang lain, tapi mencukupi. Aku gembira bersama tuan baru aku, dia sering menekan-nekanku (?). Tetapi, all good things come to an end. Wah fasih pula aku berbahasa penjajah. Setelah menjalinkan hubungan intim hampir 2 tahun, tuan aku mengembalikan aku dan mengambil musuhku yang berasal daripada Finland. Alangkah hancurnya hatiku. Apa kurangnya aku? Moga aku mendapat tuan yang baru yang akan menjaga aku dengan lebih baik.

Yours truly,
Sony Ericsson W810i

Saturday, April 4, 2009

Kecuakan

Aku keluar dari tempat parking, tengok hadapan. Aku on wiper, turunkan 3 kali. Paling laju. Hujan lebat yang teramat membuatkan hampir mustahil untuk tengok jalan di depan. Petir yang diturutkan dengan guruh seperti orang letak camera on flash xenon depan mata, setiap 30 saat. Ya Allah, marahnya Kau. Kumat-kamit mulut menyebut nama Kau, takut kemalangan. Kereta yang selalu dipandu 120 km/h hanya dihadkan kepada 40 km/h. Seperti memandu di atas laut. Menyusur air, tak nampak apa-apa. Lampu jalan padam, blackout.

Aku salahkan Speedzone (sila Google),

Kenapa ayat macam tergantung? -.-

Thursday, April 2, 2009

Troll Warlord

Betul cakap Huzai. Dota is taking over my life. Kerana Dota, 3 hari berturut kelas pukul 8 pagi aku tak pergi. Sorry Aime yang susah-susah kejutkan aku untuk jawapan "kau pergi dulu, nanti aku datang" tapi kita semua tahu bahawa itu tahi kerbau (bullshit).
Debate, aku debater no 20/38. Terkejut bai. Bajet top ten hahaha! Salah seorang "kawan" pun terkejut juga. Okay dah nanti perasan pula.
AJK Explorasi memerlukan AJK-AJKnya tinggal di dalam hostel untuk sem depan. Honestly, I don't want to. Ni kalau diorang baca confirm kontroversi dan bakal cakap dengan aku face to face. Kalau-lah aku stay dalam hostel, tiada member. Mungkin aku boleh buat member dengan budak sem baru nanti tapi mana boleh ganti kawan lama (tolong jangan nangis ye kawan-kawan lama saya).
Nantikan Popcorn@Micet minggu hadapan. Movie yang mungkin ditayangkan; Twilight dan uhh lupa tapi harap-harap bukan Twilight because it's such a crap movie (amik kau bold dengan Italic). Robert Pattison pun tidaklah hensem mana. Aku tak cakap aku kacak pun, jgn kutuk lagi ye haha.
Kardel Sharpeye @ Sniper memanggil aku menggunakannya. Byeeeeeeeee.

Monday, March 30, 2009

So far, so good

Sudah hampir kepada penghujung sem 2 dan aku agak bersyukur sebab tidak terlibat didalam mana-mana major drama ala GG seperti sem lepas. Aku juga telah menghilangkan kawan toksik dan parasit. Selain itu, (okay apahal macam rumusan BM sekarang?). Anyway, aku masuk debate Perdana. Ceh, konon perdana. Apahal tak Waja je. Okay tak lawak.
Satu perkataan. PALAT. Kalah tetapi aku kecewa sebab aku rasa aku tak buat yang terbaik. But in the process, I gained experience. Aku sekarang boleh kata agak ketagih untuk berdebat, siapa mau? Bajet macam pelajar undang-undang pula aku ni.
Aku tidak akan duduk di hostel sem depan, maka aku akan duduk luar. Di Taman Naning. Hati mahukan A'Famosa tapi memandangkan agak jauh dan akan makan minyak Proton Satria berenjin Mitsubishi half-cut aku nanti (HAHAHA OKAY BERLAGAK GILA BABI KAU NI!) aku telah membuat keputusan untuk stay dekat-dekat dan murah-murah. Walaupun tandas hanya satu dan seperti tandas di Kompleks PKNS/Summit/Tempat Makan Alor Gajah.
Brodo-brodo bakal balik minggu ni maka aku pun balik le nmpknye. Apa lagi, Euphoria let's go!

Thursday, March 26, 2009

Been a while

Since my last update, ignore the last post. I still have faith in the team. At least one more trophy would be more than enough.

Masa untuk pos sebenar. Aku dapati bahawa tahun ni aku tak dapat nak buat aktiviti tahun lepas lagi seperti gig. Aku rindu moshing, singing to the tunes even when I don't even know the song, new people to meet, ridiculous apparel and such. Dan juga light. Hanya brodo tau maksud sebenar benda ni haha. Furthermore(ceh), aku juga tak bersosial dengan orang di luar bulatan sosial yang biasa. Hanya brodo dan budak Micet sahaja. Selalunya hanya batang. Hehehe. Tak boleh jadi ni, aku kena tukar suasana keliling aku. Mungkin kerana aku teramat sibuk, hanya balik rumah sekali semenjak sem bermula, itu pun masa midsem. Bosan nak mati, kawan-kawan semua jauh belaka masa tu. Tiada kawan dekat heih.

Semenjak dapat loan Mara ni, aku notis sedikit improvement dalam pakaian budak Micet. Kurang sikit yang sakai-sakai. Mungkin pengaruh aku kot. LOL! <- Perkataan kegemaran baru. Kita lihat contoh Kerol, dulu hanya memiliki satu baju untuk ke kelas, berjalan, tidur, mandi dan pelbagai. Sekarang baju Playboy pun ada, gilalah! Hahaha. Tapi kau masih perlukan jeans baru dan juga kasut baru, kasut kau tu buruk. Ikhlas daripada hati aku ni. Pandai pakai perfume juga sekarang, mungkin kerana dulu selalunya busuk. Mari kita beralih kepada Fahem Joe. Jika dulu suka pakai baju Polo rempit (dan kau juga masih beli) tetapi jika dahulu bersaiz M, sekarang S. Sudah jarang sedikit meminjam pakaian tetapi jeans favouritenya malangnya milik aku.

Aku terpilih untuk mewakili seksyen aku dalam debate. MALASNYE YA ALLAH. I don't think I'm that good, ceh rendah diri. Eh orang rendah diri mana mengaku. Okay so I'm pretty good. Okay perasan pula. Sudah membuat plan lama, tiba-tiba sibuk je debate ni. Tapi tkpe, I'm still giving 110% (poyo).

Aku jatuh cinta.. sekali lagi.. terhadap Dota. Oh sangapnya aku ingin menyentuh keyboard, mari kita ke katil.
Away, sibuk berkocak dengan Dota.

Saturday, March 21, 2009

Red Devils

Fulham, you better set up barricades if you were to stop this wounded beast.

Friday, March 13, 2009

Heh

You may have won the battle, but we would still win the war!
Aum! Aum! Aum! (macam dalam 300)
Ye Liverpool, memang korang menang 4-1, korang dapat bragging rights, tapi tunggu May ye. Bila last korg menang Premiership? Eh mana pernah, First Division pernah la.
Kembali ke kehidupan biasa. Tiada benda yang hampir menarik berlaku. Tidak ada perempuan berlari bogel di depan aku (boing, boing!) ataupun mat rempit langgar belakang treler di depan aku.
Aku telah ditawar untuk mewakili pasukan bola keranjang (bukan telanjang walaupun keinginan itu ada) masuk sukan apa tah, tapi ianya akan berlansung 2 hari sebelum final exam, maka dengan dukacitanya aku terpaksa tolak. Don't worry boys, your point guard will return for the UniKL Sports Carnival ;). Bak datang la team Faculty of Accounting, misteri! Haha.
Aku sebenarnya baru bangun tidur ni dan masih mamai. Masih lagi mencuba untuk mengingati apa yang aku mimpi tadi dan dukacita sekali lagi ianya bukan erotik. Takpe cuba nasib lagi malam ni. Hihihi. Maaf terlebih gersang selepas bangun tidur.
Keputusan SPM keluar dan aku ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan jangan putus asa kepada yang kurang memberansangkan. SPM TAK PENTING. Ianya cuma batu loncatan untuk kamu. Dengarlah hujah abang ni, ianya semua betul. Tapi kalau korang saje buat BM dapat E memang kamu ni bodohlah, ayat pedas disitu.
Nasihat untuk Kerol. Hindari daripada meluahkan perasaan di blog, nanti aku buang daripada link aku. Hahaha.

Sunday, March 8, 2009

Shit happens

Murphy's Law kicked in last night. Such a waste of time heih. Plan untuk malam tadi merupakan pergi ke Euphoria untuk.. umm.. grind hahaha. Only to arrive and find out it's event night, dan nak tak nak kena bayar cover charge yang berharga RM50. (Note: NEVER EVER PAY COVER CHARGE TO GO INTO A CLUB). Setelah menelefon 231512308513090 orang yang ada connection, diorg tk dapat tolong melainkan kalau hanya 2-3 orang. Tetapi kami dalam group 7 orang, so tak dapat la jek. Disebabkan kekecewaan itu, aku pun bergerak ke OU untuk tengok midnight movie, Watchmen. Best gila babi kimak haram jadah sumpah tak tipu. Dahlah paling sekejap, 3 jam je.

Nasib baik Man Utd menang 4-0. Just sign Tevez already, Fergie!

Friday, March 6, 2009

Welcome, dudes

Menulisnya (mentaip?) aku di sini, aku nak cakap welcome kepada Hariz dan Kerol, akhirnya bertemu juga korg dengan dunia blog ni. Rajin-rajinlah update ye. Jangan bagai melepas batuk di tangga. Jarang dengar aku berperibahasa weh.
Akhirnya, brodo kembali ke Shah Alam. It was nice to be in a familiar surrounding, tiada lagi budak muda setahun, tiada lagi pergi ke Sunway Pyramid dengan 20 orang (!). Dan bawa kereta macam orang gila, biasa la budak baru dapat P (padahal aku baru je setahun dapat, kecoh je).
Minggu berlalu perlahan, seperti mengayuh basikal menggunakan gear satu. Kayuh punya laju tapi gerak alahai.. saba je.
Aku dah bagitahu ke loan Mara dah approve? Already wasted RM600, GODDAMNNIT! Rm3400 more to go -.-

Sunday, March 1, 2009

Cuti yang bosan

Seperti biasa, tiap kali midsem UniKL, aku akan habiskan masa berseorangan disebabkan cuti yang berlainan dengan IPTA lain. Disebabkan tiada kawan UniKL yang tinggal berdekatan, aku tak keluar malam, aku tak pergi lepak minum petang, aku tak main futsal dan pelbagai aktiviti harian semasa cuti lepas SPM dulu.
Cuti ni, aku cari junior sekolah aku balik. Semasa akhir form 4 sampai tengah form 5 aku punya geng memang budak yang muda setahun, aku tak rapat sangat dengan yang sama batch. No Brodo yet. Walaupun satu kelas dengan Naim semua. Malam tadi lepak shisha dengan junior ni dan esok plan nak pergi Sunway Pyramid. Tergelak aku bila diorang plan. Selalu kalau dengan brodo spontan je.
"Jom tengok wayang"
"Jom!"
Kalau plan awal-awal, memang jarang akan terjadi. Betul tak Misteri? Haha. Bsn dow, nnt aku ambil movie kt kau ye Misteri. Jom la pekena Teh hihi.
Aku pergi library pagi tadi. Yes, you heard me. LIBRARY. In the MORNING. Masa tengah cuti. Aku telah diajak oleh SMS (initial nama) untuk study buat assignment Pengajian Malaysia. End up buku agak limited ah tapi aku dah dapat the general idea untuk tajuk aku. So we end up going to SACC for lunch at Pizza Hut, pergi Sunway Pyramid untuk beli baju di Padini dan pergi JJ Bukit Raja pula, singgah MPH beli buku (komik..). Memberkan Misteri. Aku tau kau nak comment tu.

Looking forward to Friday. Brodo balik, macam banyak je idea dalam kepala ni untuk pergi mana hehe.

And lastly, let's steamroll our way to a Quntiple lads! Glory Glory Manchester United!
Chelsea, Liverpool, Arsenal and Aston Villa will be empty handed, yet again.

Saturday, February 28, 2009

Jom masuk UniKL MICET!

Okay, gila keju (cheesy) title aku. Merujuk kepada title aku, entri kali ni ditujukan kepada budak lepasan SPM/STPM/Matrik dan sebagainya yang mesti tengah pening nak pilih kursus yang bersesuaian. Saya buat ikhlas entri ni, tak dapat komisen pun. 

Kalau kamu beraliran sains dan tidak berminat nak jadi Doktor/Akauntan, kenapa tidak pilih untuk menjadi Jurutera Kimia (Chemical Engineer) ? Selain ia menghiburkan untuk bermain dengan bahan kimia seperti Potassium (dekat tahap Universiti dapat main dengan yang bakal menghasilkan letupan yang lagi powerrr) ianya juga akan memberi prospek yang teramatlah cerah macam lampu xenon dekat kereta BMW selepas graduate. 

Kenapa pilih UniKL Micet sedangkan pelbagai universiti seperti UiTM, USM dan pelbagai lagi menawarkan Chemical Engineering?

Di UniKL Micet, ianya lebih hands-on atau erti kata lain, practical daripada teori. Anda bayangkan anda di interview dan dia suruh anda operate machinery. Jika kamu di UniKL Micet, besar kemungkinan kamu boleh buat dan sebaliknya jika di IPTA yang banyak teori. Ya, UniKL merupakan IPTS tapi dia under MARA so kira 50-50 la hehehe. Dan disebabkan UniKL banyak network, kebanyakan pelajar yang graduate sudah ada kerja sebelum graduate lagi sebenarnya, semasa practical lagi, masa sem 6. Kalau tak dapat kerja masa practical pun jangan risau, prospek untuk Chemical Engineer memang cerah.

Eh jap, UniKL ni mesti dekat KL kan?

Malangnya, tidak. Ianya terletak di Melaka dan betul-betul dengan sempadan Negri 9, tempat ni memang ideal untuk orang KL, Selangor, Negri 9, Johor dan juga Melaka. Kalau dari KL pun, baru sejam setengah, maksimum. Kalau tak stop makan-lah

Apa yang bestnya kat sini?

Walaupun ada tanda yang tulis "Awas! Kawasan kampung), jangan takut. Ianya tidak bosan. Dengan kelengkapan sukan seperti padang bola sepak, ragbi, netball, hoki, gelanggang basketball, bola tampar, tennis, futsal, badminton dan juga gym, tak mungkin anda akan terus menjadi gemuk dan obese. Lainlah kalau kau ni pemalas anjing. 
Selain itu, kalau naik kereta hanya memerlukan masa lebih kurang 40 minit untuk ke Bandar Melaka. Mall paling best, Dataran Pahlawan. Semua lengkap. Untuk shopping ke, nak tengok wayang atau dating dengan girlf/boyf/bi. Eh kenapa masuk bi. Sama je taraf dengan KLCC/Mid/OU/Sunway. Serious tak tipu.
Dekat dengan tempat hiburan seperti shisha, karaoke, snooker dan pelbagai. Ni pandai-pandai carilah ye. Kena tanya orang. Aku tak dapat nak bagi direction pula dekat sini. 
Ianya juga dekat dengan kolam air panas dan juga pantai. Korang sewa kereta pergi main pun takdehal. Tapi senyap-senyap sudey. 
Oh dan jangan risau, banyak orang disini cantik, lawa, hot, handsome, kacak, macho, jambu dan semua tulah. 

Tunggu apa lagi? Jom lah masuk UniKL MICET! Ada apa-apa pertanyaan, jangan segan komen ye.

Sunday, February 22, 2009

Jalan-jalan

Disebabkan kesibukan yang terlampau, aku hampir tiada masa untuk update blog ni (ceh, apa yang kau sibuk sangat ni?) Yela, 3 lab seminggu, lab report yang harus dihantar, assignment yang mengalir macam sungai, mencabar sungguh sem 2 ni. Test Matematik tempoh hari alhamdulillah boleh jawab, taknak repeat masa sem 4 nanti. Hm, ataupun boleh juga, boleh market dekat budak sem baru haha!
Aku nak nyatakan sedikit penghargaan disini jap. This gonna get cheesy haha. You know yr blog is read by people when they said "Oh ni mesti jap lagi kau tulis dalam blog kau kan" when something extraodinary happens (seperti naik bas ke Bandar Melaka (!)) and they quote lines from yr blog. That just give me the inspiration to keep writing. Thank you, readers haha! I'd never make my blog private because of you people. WINK WINK HAHAHA.
Aku rasa entri aku sekarang ni seperti entri aku terakhir yang aku bercerita. Sekali lagi, aku berjalan minggu ni. Dah macam sem lepas plak. Semalam pergi ke Bandar Melaka naik bas (!), duduk didalam bas yang teramatlah packed macam sardin dalam tin. Nasib baik duduk. Ada amoi pergi bantai duduk atas armrest aku (which I got my arm rested). Habis rasa lemak bontot dia. Nasib baik lawa dan mantap. Hehehehe padahal suka. Seperti biasa, tengok wayang dan jalan-jalan di Dataran Pahlawan. Sampai ke malam. Otai (nama timangan paling cibai pernah aku dengar) sewa kereta maka aku pun mengambil kesempatan untuk menggunakannya untuk overnight. Karoke session and to my surprise, I love karoeke-ing -.- . Good God I'm turning into Shah Alam seberang! Kena pindah sek 19 camni nampaknya dan beli 125Z dan main sekilo dengan TZM. Mandi di Air Panas Gadek sekali lagi dan sesi main kad di taman tasik Tampin. Yours truly won, obviously hihi.

Okay got lab report(ssssssssssssssss) to finish byeeeee.

Tuesday, February 17, 2009

Perkataan favourite 1

Okay, selepas mempunyai 3 edisi pasal perkataan yang diblacklistkan, aku ingin buat senarai perkataan yang aku agak suka sebut.

1. Memberkan/member - Sesiapa yang bukan didalam social circle aku dan kawan-kawan aku memang tak akan faham.

"Pergh member gila tak ajak pergi dangdut!"

2. Dow/do/doh/dowh! - Aku rasa sesiapa yang duduk di Lembah Klang akan secara automatik guna benda ni. Tidak, bukan Homer Simpson yang mereka perkataan ini.

"Kau tengah buat apa dow?"
"Ish ni dah teruk dow!"

3. Siaal - 2 harakat pada a dan suara halus sedikit
"Amenda kau buat ni siaal?"

4. Sepak kang tau la - selalunya dalam argument, konon intimidation haha

"Betullah Michael Jackson hidung tercabut, sepak kang tau la!"

5. Apa tak boleh, mesti boleh pnya - faham-faham jela

"Weh aku nak pinjam spender boleh tak?"

"Apa tak boleh, mesti boleh punya"

6. Pe lancau - hmm taktau nak describe

"Pe lancau kau ni, aku cakap brake bukan tekan minyak!"


Mungkin aku ada tersilap pandang, silalah tambah ye sesiapa :)

Thursday, February 12, 2009

Budak halus?

Membaca tentang apa yang budak Micet rasa pasal aku memang kelakar. Ataupun mengetahui apa yang diorang cakap.
Kau tak kenal aku dan aku tak kenal kau. Setakat seluar bellbottom kau yang kau beli dekat bundle dengan harga yang murah, rambut terurai tak terurus macam budak takde rumah, bajet janggut nampakkan kemaskulinan kau tu, takpayah lah wei.
Kau tak puas hati kau boleh je datang jumpa aku, takpayah nak jadi Melayu tipikal, pengecut dan mengharapkan orang untuk menyebarkan apa yang kau cakap. Kita tengok sikit siapa budak halus.

Thanks for making me famous bitches. As I stated before, this is university not high school.

Wednesday, February 11, 2009

Err

Disebabkan minggu yang agak perlahan dan aktitivi yang almost non-existent, aku tiada idea untuk tulis apa. Tapi aku nak tulis juga, demi korang pembaca aku, eceh!
Sunburst line-up sucks, Rihanna postponed (kesian kena tumbuk dengan CB), Coldplay and Red Jumpsuit Apparatus akan ada gig di Singapore, Fall Out Boy baru habis perform dekat situ, dan di dalam Malaysia kita ada... Zamani! Yeaaah!
There you go, an update. Nak pergi jadi LeBron byeeeeeeeeeeee!

Sunday, February 8, 2009

I am getting old

Aku bancuh sirap. Aku hirup sedikit, manis juga, maka aku pun letaklah dalam bilik.


"WEH APAHAL AIR SIRAP NI TAWAR?"

-.-'

Saturday, February 7, 2009

Am

not going to Sunburst. Seriously, N.E.R.D. only? So much for the hype about Coldplay.

Friday, February 6, 2009

Daa

Pada suatu ketika dulu, ketika dalam perjalanan ke Melaka, sepupu aku bercakap tentang bagaimana saudara-saudara (makcik dan pakcik) aku ingat aku ada anak. This is not an exaggeration. Like seriously, macam mana diorang boleh fikir jauh gila? Aku sendiri tak tahu macam mana boleh keluar pula topik ni dekat mulut diorg. Aku tau diorang ni suka bergosip tapi not to this extent perhaps? Maka aku berfikir, macam mana kalau betul aku ada anak? Apa aku tengah buat sekarang?

Semestinya tidak berada di UniKL MICET (yang bakal hilang nama MICET dan digantikan dengan cawangan Alor Gajah, wow berita ekslusif). Mungkin tengah berkerja untuk menyara hidup. Tapi bukanlah kerja dekat construction macam cliche dalam cerita pula kan. Tiada masa untuk melepak dengan member. Confirm dah kahwin, disebabkan tidak mahu dipandang serong oleh orang (budak 18 tahun sudah mempunyai anak berumur satu tahun? Oh yeah perkara biasa dekat Malaysia). Aku nak duduk mana? Move in to her house? Mine? Sewa flat Shah Alam seberang? Hm.

Sudah tentu hidup aku kelam-kabut. Rakan-rakan mengejar impian manakala aku tersekat bersama orang yang mungkin aku tak berapa sayang pun. But that will not stop me from being a good dad, great in fact. Ceh cakap macam betul ada. Okay lagi satu cliche, drama Amerika seperti OC dan GG menunjukkan bapa yang berumur lebih dari 45 tahun masih boleh mengekalkan rupa yang nampak 10 tahun lagi muda, Sandy Cohen dan Rufus Humphrey. Kalau kat Malaysia, jangan harap-lah. Perut membuncit dan cop duit untuk anak.

Hm, macam mana-lah hidup aku sekarang kalau betul terjadi. Heih takut den pikir.

Thursday, February 5, 2009

The Government

is a joke, it's not even funny.

Wednesday, February 4, 2009

I did it again

Tampak serious balik blog ni. Aku taknak blog ni bertukar menjadi blog lama aku, Fahim yang berumur 15 tahun dan naif. Dan melayan "Bila Rindu" daripada Ruffedge, merasakan Ecko tu cool, baju NBA merupakan baju idaman, baju tak boleh kurang daripada saiz L, idola merupakan Eminem, topi New Era sentiasa menghiasi kepala. Eh hampir 19 tahun dah aku (ceh padahal lagi 9 3/4 bulan lagi), tua dah rasa. Tahun depan dah 20, hilang sudah perkataan remaja. I don't think I'm ready. Remaja tua? Remaja nyanyuk? Heih.
Wakil bola sepak untuk Process, cheer me on! Ready for some Ruud Van Nistelrooy? Hehehe. Diam ah Sheva ;p

Tuesday, February 3, 2009

Kayak

Pada hari Jumaat yang lepas, (macam ayat karangan BM je) aku telah menyertai satu kursus kayak untuk 2 malam 3 hari. Yang aku telah merasakan macam tak berbaloi tempoh hari tetapi menukar fikiran selepas menghadirinya. Tapi sekarang kulit muka aku sunburn gila babi and it's peeling off, nampak macam ada orang siat muka aku ni. Dan juga hitam. Dah macam Padayappa dah. Memang aku tak balik rumah sampai cuti sem la macam ni. Sorry for the lack of update, was busy and knackered. Disebabkan ramai orang bergantung dekat aku untuk mengetahui pengalaman berkayak (eceh) meh sini aku cerita.

Pada hari pertama. (betul-betul macam karangan dah ni)

Selepas solat Jumaat, kami dikehendaki berkumpul di kafeteria untuk menunggu Abg Mat, pemandu bas habis makan. Waktu lunch dia kot. Selepas menunggu Abg Mat menghabiskan Nasi Campur berlauk ayam kicap masak pedas dengan kari yang kemudian dikicapkan (?) sedikit disertakan Kopi Jantan, kami meletak barang didalam bas. Ada sesetengah yang terpaksa letak di atas sebab membawa bagasi macam nak pergi berkayak dekat Sweden pula, kalah Blair Waldof dalam episod Chuck biar dia pergi Europe sorang-sorang. Kesian Blair Waldof yang comel itu tapi saya lebih minat kepada Serena Van Der Woodsen. Malangnya hati saya dekat Mischa Barton. Eh merepek. Berbalik kepada topik. Perjalanan mengambil masa sejam, rasanyalah, aku tidur je. Sampai ke dR Camp tu, agak terpegun dengan pemandangan yang indah meluas dengan tasik yang dulu sebenarnya lombong dikelilingi pokok-pokok yang dibuai angin dan pasir putih. Sesampai disitu, kami telah digreet (?) oleh pasangan pelawak kampung yang boleh diibaratkan seperti Johan dan Zizan, yang aku rasa tak lawak. Aku terpaksa menukar mentaliti untuk gelak terhadap lawak diorang. Nasib baik diorang ni baik. Walaupun aku memula rasa diorang teramat-lah lame. Sebenarnya masih rasa. Kami mendirikan khemah. Alangkah terkejut beruknya saya apabila diberitahu untuk membina khemah yang open, tiada pintu, 2 penjuru sahaja ditutup. Bagaimana saya ingin bertukar baju? Bagaimana jika nafsu saya membuak dan ingin tut tut? Dahlah malam-malam angin dia sejuk maka saya tidur kegigilan seperti tidur di jalan Moscow masa winter. Sesudah memasang khemah yang hanya mengambil masa 2 minit untuk kumpulan aku, kami telah dipanggil kembali ke dewan. Aku ingatkan ianya hari yang rilek tapi kami telah diarah untuk menukar pakaian untuk masuk ke tasik. Kami mengambil safety jacket aka B.A. (buoyancy aide) dan terjun ke tasik. Boleh dikatakan ramai tak reti berenang maka aku pun ingin bertunjuk berlagak kerana sudah reti berenang pada umur 4 tahun, serious tak ingat macam mana reti, natural je kot. HAHA BABI BERLAGAK SIAL KAU NI. Kami diarahkan untuk berenang agak jauh dan patah balik. Disebabkan mentaliti aku yang sentiasa ingin menang, aku mula berenang dengan lajunya, mungkin Michael Phelps akan kagum tengok. Bukan dapat hadiah pun. Selepas berada di dalam air selama 3 jam, kami dipanggil untuk naik ke darat dan siap untuk makan malam dan teori kayak yang boleh tahan membosankan. Selepas itu kami pun tidur. Dimana saya (sekejap aku, sekejap saya) telah bangun pukul 3 pagi dan mendapati Mr K.Y. memeluk saya, saya ingin call JAIS untuk report cabul tetapi memandangkan dia kawan saya, saya pun melupakan niat tersebut, kesian dia sejuk elelelelele. Nanti siapa nak jadi class rep kan.

Pada hari kedua.
Aku sambung malam nanti. Penat ni weh lepas lab.

Friday, January 30, 2009

GG

Watching Gossip Girl, made me realise how I miss being in a relationship. It's just like watching the OC all over again. Is it bad when your last ex already dated 4 times and you have.. none except for the occasional flirts. A friend said that us SAAS-ian are very choosy. It's not that I'm choosy, there aren't any to choose from here. There's no that "wow" feeling when I look at someone, the last I felt towards the last ex when I first saw her, when I falled for her the first time I saw her. Maybe I did felt like that again, but with current situation, it's heading nowhere.
I miss cuddling, the late night calls, the sneaking out in the middle of the night to see each other, wake-up call, Good Morning/Night texts and the drama.
The drama was too much too handle the last time. I was stuck and blind and fiercely loyal. Only to be betrayed again and again. Maybe I can't compete with the Manhattan elite's but it will really give them a run for their money.
Ah, ramblings. Perfect song for current situation;

Mayday Parade - Miserable at Best

It's literally translates how I felt ages ago.

Thursday, January 29, 2009

Brodo

Aku perlukan brodo. Takda siapa faham bila aku nak memantat kat sini.

:')

Naim, Sam, Afiq, Arip, Akir, Omar, Nyet, Am, Paan, Daus, Airil, Gajah, Omar and even Boy.

Bila nak beli cincin brotherhood? HAHA.

Tuesday, January 27, 2009

Cuti yang tak macam cuti

Rindu aku? Haha. Maaf, disebabkan ketiadaan Internet di rumah, aku tak dapat nak online. Ini pun daripada rumah kawan aku. Selamat Tahun Baru Cina, walaupun sehari lambat aku tetap nak ucap. Baru nampak friendly sikit.
Aku cuti semenjak hari Khamis haritu. Airil sanggup datang ambil aku daripada Shah Alam (tapi aku terpaksa bayar minyak dan tol = RM40). Selalu dia subsidi minyak, malangnya duit dia sikit. Masa aku bawa dia pergi makan dekat kafe Micet, all eyes were on him. Yela, budak bawa Celica yang ada rupa, mana taknya. Aku masih tak faham kenapa perempuan tidak di sekeliling pinggang.
Tapi serious cuti ni macam tak cuti. Aku hanya lepak dengan brodo 2 kali sahaja. Masa malam balik untuk shisha, dimana aku dapat tahu aku macam dah tak boleh hisap nikotin dan juga malam tadi. Bermain futsal di Setapak dan macam biasa, gerak Uptown di situ. Taknak kalah ramai. Macam dalam KTM nak pergi Mid Valley, sesak sampai lelaki semua ambil kesempatan. Daripada observation akulah, aku baik :D
Bergerak ke Melaka sekejap lagi, woah malasnya. Ada orang tak bagi tumpang. Takpela naik train sorang-sorang pukul 2 petang nanti. Siapa nak teman?

Thursday, January 22, 2009

Why so serious?

The most overrated phrase last year. Eh biarlah aku beli baju Joker, kau susah apa? It is catchy though. Aku mempunyai eksperimen Organic Chemistry petang tadi, hampir pengsan disebabkan panas yang teramat. Anyhow, something that was said made my day. Rakan sekelas yang tak seberapa rapat telah mengatakan ini ;

"Fahim, aku pernah baca blog kau, terguling-guling aku gelak"

Maka aku berfikir balik, blog aku memang aku ingin jadikan begitu. Tapi sejak kebelakangan ni, selalunya bernada serious. So, let's make this like how it meant to be.

Aku tau aku asyik merungut bosan, ya memang tidak dinafikan. Tapi aku masih lagi bersyukur kerana dikelilingi kawan-kawan yang boleh diharap dan akan gelak kepada lawak aku yang aku rasa amat berlainan jika di Shah Alam. Walaupun korang menggalakkan untuk memonteng kelas dan sainkan nama di kertas attendance, korg memang best.

Aku nak buat satu peraturan baru dekat blog aku ni. TOLONG JANGAN POST LIRIK LAGU DEKAT KOMEN BOLEH?! Memalukan blog ni je. Nasib baik kau cakap tanpa aku, Section F hancur. Kau dimaafkan disitu.

So, live your life. Sorry Myra, I ain't going to Rihanna. Saving for Sunburst and Manchester United! :D

Neil Patrick Harris aka Barney Stinson daripada sitkom How I Met Your Mother sekarang berada di dalam senarai idola daripada siri TV. Yang lain adalah Horatio Caine from CSI:Miami dan House dalam House.





Dan juga Rosyam Nor. Hero Malaya bai, mana boleh diketepikan.

Tuesday, January 20, 2009

Boredom does

kills. Really, I am suffocated by boredom, 3 straight nights alone after 10 pm in the room, with roommates nowhere to be find. Bosan babi sial tempat ni. Imagine living in the Amazon forest, except there's no women tribe yang tak pernah nampak lelaki macam Wonder Woman. Benda hiburan memang jauh. Assignment pun tak berlambak lagi, maka masa terluang memang tidak terhad.

Kelas semua okay lagi tapi masih ada habit lama yang suka berangan dan bercakap dalam kelas. I'm a talking machine here. Which might sometimes turn people off, ahh as if I care.

Having difficulty fulfilling my New Year Resolution, notably most of it. Quit smoking completely? Getting heavier adalah. Aku salahkan kebosanan dan sangap. 3.5? Hampir keluar daripada bulatan realistik. Girlfriend? Pffffffft. Tak tinggalkan sembahyang? Masih terkapai-kapai. Aku bukan hipokrit. Berjimat-cermat mungkin, tapi aku agak boros belanja pada makanan, tapi ada banyak orang yang hutang dengan aku. Aku perlukan buku 555. Serious.

Sunday, January 18, 2009

Palestin

Aku memang kena tulis pasal isu ni. Tidak, ini bukan seperti blog tipikal lain yang mengutuk dan mengkeji dan rasa macam nak pergi ke Palestin mempertahankan mereka tapi kalau nak pergi PLKN pun liat, lu memang penuh dengan tahi kerbau.

Action speak louder than words. Maka aku disini ingin menggesa kamu memboikot produk-produk mereka ni. Coca Cola? Banyak lagi alternatif lain seperti Carlsberg. Eh, silap. Radix Cola. Ye, Radix sudah mempunyai air berkarbonat sendiri, mai secawan! Restoran makanan segera seperti McDonald boleh sahaja dipinggirkan untuk Restoran Gembira ataupun Restoran Khalifah (budak-budak Shah Alam tau-lah ni). Ya, mungkin mereka ni banyak orang Islam yang berkerja untuk syarikat-syarikat ni, tapi kita nak bagi effect dekat the big boys upstairs. Starbucks boleh diganti dengan Old Town White Coffee, Dome, Coffee Bean dan pelbagai.

Aku dapati ramai budak-budak dekat tempat aku ni telah di-brainwashed oleh media tempatan yang semestinya pro-Palestine. Pada aku, mostly the blame would be on Hamas. Kenapa dia lancarkan roket buatan sendiri ke arah Israel sedangkan mereka tau akan dibalas dengan roket, bedilan dan pejuang jet yang dibekalkan oleh Amerika, boneka kepada Olmert. Dan yang menyakitkan hatinya, sejurus itu, mereka terus menyorok dan orang awam terpaksa pinggul tanggungjawab. Kemana Hamas pergi? Orang di Gaza memang tak dapat nak lari ke tempat lain kerana sempadan yang ditutup, oleh orang mereka sendiri. Mungkin kamu tertanya, kenapa tak lari ke tempat yang lebih selamat? Jalan mereka telah ditutup, oleh orang mereka sendiri. Malah ada suatu tempat di Israel yang melindungi mereka. Aku tak mengatakan Israel memang patut serang. Diorang pun serang nak habis-habisan je. This is an intimidation tactic to other Arab country. Bayangkan satu negara kecil yang mempunyai 7 juta penduduk dikelilingi oleh 350++ juta orang Arab. Kita yang jauh di Malaysia ingin menolong tapi tengok negara Arab yang lain, hanya goyang kaki.

Aku ingin mengulas lebih panjang tetapi aku mengantuk dan tetiba rasa malas menguasai dan aku mempunyai Lab Report untuk disiapkan. Toodles.

Here. Read this. Dan juga kenapa orang Islam lemah? Here.

Saturday, January 17, 2009

Rip-off

Malam tadi aku pergi ke Pak Ya untuk makan dan order something yang mungkin diorang tak pernah masak, which is Nasi Goreng Kicap Ayam Kunyit. Wow, 5 syllables. Okay aku bukan nak cakap apa benda yang aku makan, tapi harga dia. RM6 bai. Terkejut aku. Selalu standard RM3.50 je, ini melonjak naik hampir 50%. Kalau RM4.50 boleh terima lagi la. Disebabkan tiada USB Cable dan Bluetooth yg rosak kat laptop aku ni, tak dapat disertakan gambar. Yes, I did take one. It does look good though haha!
Minggu ni merupakan minggu yang agak emosional untuk aku. Flashback, a lot. Maybe too much Secondhand Serenade? Heih. Dan sekarang aku dikelilingi orang yang tidak memahami aku dan shallow. Tak reti nak berfikir dan berasa terlampau selesa dalam kepompong mereka. Entahlah.
Had assignments already. English debate! Woo. Looking forward to it. Tak masuk debate club tapi, atas sebab-sebab tertentu. Dan juga survey tentang pelajar Micet. Aku punya title "The Effect of Unhealthy Lifestyle of Micet's student" disebabkan aku lihat ramai orang yang obese dan kurang stamina. Naik tangga sikit dah termengah, jalan sikit dah berhenti nak rehat. Jom join aku main sukan petang-petang.

Red Devils coming to town! I'm so going! Berba brace, Ronaldo's freekick, Rooney's long shot, Rio header from Rooney's corner, Michael Carrick neat finishing. I'm expecting at least 5 goals! Mungkin Fergie akan beri satu gol untuk Malaysia, bagi Zaquan Adha jaringkan. Hahaha.

Tuesday, January 13, 2009

Micet; permulaan sem 2

So far so good, boleh dikatakan begitu. Aku memberi perhatian yang lebih terhadap apa yang pensyarah ajar dan kurangkan berangan. Aku ni memang boleh bagi 2 minit, lepas tu memang akan sampai ke alam fantasi. Selalunya sebagai Chuck Bartowski bersama teman wanitanya yang palsu, Sarah Lancaster.
Aku notis budak-budak yang bajet "cool" masih belum keluar untuk mencapap lagi. Ataupun mungkin aku yang terperap dalam bilik sahaja, mungkin sebab malas dan tiada benda yang menarik diluar sana. Aku malas untuk sentiasa direnung oleh mata-mata yang meliar mencari mangsa gossip terbaru ataupun sekadar direnung tanpa sebab, ceh perasan.
Internet yang lembab ni menjengkelkan aku, padahal modem bebetul atas tingkat aku ni je, kedekut ah Micet ni, subscribe 2MB punya boleh tak? Beratus pelajar guna, mana tak lembab. Heih. Nasib baik dah mula berfikir sikit Micet ni, bakal menyediakan laluan untuk pelajar turun ke kampus, takdela kena panas.
Aku tak tahu kenapa tapi tidur aku sentiasa tak lena. Orang kata sebab bilik baru, tetapi mungkin pattern tidur aku yang dipaksa tukar. Tidur awal dan bangun awal. Mungkin badan aku takboleh nak follow the pattern lagi, tapi serious aku sekarang rasa mengantuk je siang, petang kena tidur. Tapi takdapat sebab ada kelas dan juga bermain bball petang-petang. Malam pergi gym. Tambah azam baru; memiliki badan yang above average haha.


CR9? Hmm.

Sunday, January 11, 2009

Soalan yang sering menghantui aku

Kalau seorang perempuan tanya sama ada dia fotogenik ataupun tidak, apakah jawapan yang paling sesuai? Sebab jawab ya atau tidak, ianya memang negatif.

Friday, January 9, 2009

Perkataan-perkataan blacklist 2

Aku tktau kenapa tapi aku terasa rajin untuk update blog ni. Mungkin sebab aku bosan. Rupanya ada lagi perkataan yang aku benci, cuma aku lupa.

Kau dah pergi kew?/Kau tawu tak? - Aku benci kalau letak w tu, kecuali manew. Sebab aku guna, tapi sarcastically-lah.

Ha2 - apa susah sangat tulis haha, buruk dow ada nombor.

Salah mengeja yang kritikal seperti;
"Hati aku hancur semagaimana hancurnye rambut aku... Bodohnye penguntin rambt"
Ini datang daripada bakal ahli kimia untuk negara.

Penggunaan haha yang kritikal seperti;
"Haha aku baru balik kelas haha.. Haha kau kt mana? Haha nanti aku bgtau kau.. Haha"


Ya, aku agak perfectionist. Dan terus-terang, semua diatas ni datang daripada kawan aku yang rapat dengan aku. Maaf kalau terasa.

3 days left. Damn son!

Thursday, January 8, 2009

HAHA


And also this,

Ipoh, Perak arrived from google.com.my on "Bual-bual kosong: #24" by searching for memantat.

Kau ingat ni blog Melayu Boleh ke?

Bersedia untuk sem 2

Semalam aku telah bertolak ke Micet untuk daftar hostel dan pelbagai. Left empty-handed, disebabkan tak bayar fees lagi. And I thought I've changed from a laidback and last-minute person. Nasib baik aku tidur dekat Melaka, maka Abah aku hanya perlu faks sahaja resit, takpayah aku susah-payat balik Shah Alam dan datang balik.

Aku bukan James Bond lagi. Hilang sudah bilik E007 digantikan dengan bilik D112. Aku benci blok D, aku rasa tempat tu amat sunyi dan seperti berhantu. Kalau aku balik dari kelas rasa teruja, masuk blok je boleh rasa crappy. Serious tak tipu. Okaylah jujur, aku rasa tu blok untuk budak nerd ahahaha. Yes, such things do occur in my mind.

Sem 2 ni aku nak bangun 30 minit sebelum kelas bermula instead of 15 minit dan snooze jadi tinggal 5 minit, penyudahnya selalu lambat 10 minit. Start study hampir setiap malam (Satria Neo here I come!) dan fend off segala disturbance macam perempuan yang meminati aku, maaf aku masih tak layan text kamu yang selalu berbunyi;

"Hai, boleh berkenalan?"
"Hai, ni siapa?"
"AwK nI FaHiM kan?"

Dan juga kamu call dan bertanya ini siapa dan disusuli dengan "Eh sorry, salah nombor". Tapi yang tak boleh bla-nya, kamu akan text "Hai, awak budak Micet yea?" selepas itu. L-A-M-E.

Off topic pula. Juga aku akan ke Bandar Melaka kurang daripada sekali seminggu, begitu juga shisha. Yela tempat aku mana ada hiburan. Siap ada sign "Awas, kawasan kampung". Sedih weh.



Bodoh punya Man Utd, kalah dengan Derby County, pasukan yang aku teramat benci (disebabkan aku juga sokong Nottingham Forest) dan apa yang lagi menyakitkan hati, gol dijaringkan oleh Kris Commons, ayam tambatan untuk Nottingham Forest tahun lepas, khianat pergi Derby.

Oh aku mula suka kepada band This Providence, silalah download ya.

This Providence - Wolf In Sheeps Clothing

Tuesday, January 6, 2009

Perkataan-perkataan blacklist 1

Ini memang perkataan-perkataan yang aku benci, tak boleh terima dan walau rapat mana kamu dengan aku pun, aku akan terus rasa benci dekat kamu.

Huhu (ni memang top!)
Ahaks
Sowie/Sowy/Soriee
... (dot yang banyak)
0 sebagai o
Mamam
Shishi
TuLiS McM Ni (pergi search Myspace untuk orang macam ni)

Hehe..Nme AhMad MaSruR..19..RwUnk..HomElESS..PeoPle CAll Me AcUi,MaS,KeChik,BotaK..N Many More..HahAks..NVR BeeN In LUV..Dnt KnW y??..InTrEst In MuSiC..Im a Newbie Producer&Dj Now Im COlleCTing dA GEar Up,LoVe To ShuFFlE,LoVe To Spin ViNyl(VIrtuAL Dj 5 Pro),FL StuDIo 8 XXL Producer edITioN,Reason 2,A dozen Of VSTi,CUBASE,DUNHILL,A-
(walau hot mana pun kamu, benda ni memang akan downgrade kamu di mata aku)

Iii/Hye
Cayunk
Bucuk
Ak/aq sebagai aku
Hawt
Rawkssss
Guna short form yang terlampau macam dalam cerita "Ali G In Da House"
/// 36 77 18 24 (Langsi lebih)
Lu mai mana? (Langsi lebih)

Dan yang seangkatan dengannya.

Sunday, January 4, 2009

2008; Summary

To say 2008 was dull would be an understatement, but it was only at times. Particularly because the absence of my other half. And 7 months of doing the same thing. Dan aku rasa yang teramat lame ialah credit yang tkpyh top up pun tkpe tapi nanti Hotlink akan cancel number. Dapat text message yang selalu berbunyi:

"Weh kau kt mana?"
"Aku dpn rumah"
"Lepak jop"
"Malam ni jadi tak?"
"Aku nak datang rumah kau"

Yes. Okay so mungkin ada sesetengah orang yang macam aku, tapi mungkin tak seketara aku kot? Maafkan bahasa aku yang rojak ni.

Man Utd, champion of England, Europe and World. C.Ronaldo won Ballon D'or. A good year for football, but not locally. Selangor sampah, tapi terus dimaafkan lepas menang lawan Kedah malam tadi 4-1, dekat Darul Aman. Tanpa Marlon James dan Nelson San Martin, memang korg lemah.

Dapat pergi gig dan club selepas bebas daripada sekolah. Dan juga umur yang sah, 18 tahun. Dapat lesen kereta tapi motor tdak dibenarkan tapi sering juga bawa. Malangnya tak dapat kereta (baca dengan nada sedih). Dapat bela rambut panjang macam lead singer The Academy is yg homoseksual dan potong pendek jadi mohawk macam Beckham bila rambut mohawk. Dapat my own personal laptop, tiada gangguan daripada adik-adik, dapat simpan benda-benda sendiri dan takpayah risau pasal virus.

Masuk Universiti dan masih otw untuk mengecapi cita-cita menjadi Jurutera Kimia tersohor negara, ceh. Met a lot of new friends with varying personalities, teramat menyampah dengan budak-budak close minded yang minta penyepak.

No major drama in 2008 macam 2007, which IMHO would put the OC and GG to shame. And really tht is what makes it dull. I'm used to feeling miserable but 2008, I feel nothing. Okay la kot, tapi bosan ah kan?

Tak bekerja pun dalam 7 bulan cuti tu, hanya sehari je. Itupun dapat RM750 jgk weh. Tak main ah kerja McD haha.

Eksperimen dengan pelbagai jenis benda. Ehem.

Dan aku mengharap 2009 akan berjalan mengikut perancangan aku.



Yang akan aku buat lepas ni.

LOL

7S, Class of '03
Tak susah nak cari aku kot?

If you believe in horoscope

Sagittarius

Someone has been playing games with you -- tell them today that it's time to stop.

Saturday, January 3, 2009

New Year Resolution

Okay, aku rasa hampir semua orang dalam dunia akan buat benda ni kan dan aku juga tidak terkecuali. Mungkin sedikit terlambat untuk buat tapi aku kisah apa. Try nak limitkan kepada 8 sahaja.

1. Get a girlfriend already! (More than a year and counting jadi single)

2. Dapatkan at least 3.2 masa sem 2 (Mama kata dapat 3.5 dan dapat kereta. Memang akan ada poster Satria Neo dekat bilik aku nanti)

3. Berhenti merokok COMPLETELY (Termasuk bila nak buang air besar)

4. Berjimat-cermat (Okaay aku dapat dengar orang ketawa, dengan berjimat aku bermaksud limitkan kepada 2 baju baru sebulan, satu seluar baru 3 bulan, max RM300 utk makan minum sebulan, keluar date kurang dari 4 kali sebulan, wayang sekali sebulan, sewa kereta kurang 3 kali sebulan dan pelbagai, you get the idea)

5. Cuba tak tinggalkan sembahyang (Hmm)

6. Beli handphone yang ada camera 8 megapixel so tkpyh membazir beli DSLR (okay ni tergolong dalam resolution ke?)

Aku dah taktau nak resolute pasal apa, so sampai 6 sahaja nampaknya. Aku tengok tak banyak pun blog tulis pasal resolution diorg. C'mon Mischka hahaha.

Friday, January 2, 2009

The Devils drives Mercedes

Dan apa yang lagi merisaukan ialah ianya diletakkan di kawasan sekolah rendah.