Friday, February 6, 2009

Daa

Pada suatu ketika dulu, ketika dalam perjalanan ke Melaka, sepupu aku bercakap tentang bagaimana saudara-saudara (makcik dan pakcik) aku ingat aku ada anak. This is not an exaggeration. Like seriously, macam mana diorang boleh fikir jauh gila? Aku sendiri tak tahu macam mana boleh keluar pula topik ni dekat mulut diorg. Aku tau diorang ni suka bergosip tapi not to this extent perhaps? Maka aku berfikir, macam mana kalau betul aku ada anak? Apa aku tengah buat sekarang?

Semestinya tidak berada di UniKL MICET (yang bakal hilang nama MICET dan digantikan dengan cawangan Alor Gajah, wow berita ekslusif). Mungkin tengah berkerja untuk menyara hidup. Tapi bukanlah kerja dekat construction macam cliche dalam cerita pula kan. Tiada masa untuk melepak dengan member. Confirm dah kahwin, disebabkan tidak mahu dipandang serong oleh orang (budak 18 tahun sudah mempunyai anak berumur satu tahun? Oh yeah perkara biasa dekat Malaysia). Aku nak duduk mana? Move in to her house? Mine? Sewa flat Shah Alam seberang? Hm.

Sudah tentu hidup aku kelam-kabut. Rakan-rakan mengejar impian manakala aku tersekat bersama orang yang mungkin aku tak berapa sayang pun. But that will not stop me from being a good dad, great in fact. Ceh cakap macam betul ada. Okay lagi satu cliche, drama Amerika seperti OC dan GG menunjukkan bapa yang berumur lebih dari 45 tahun masih boleh mengekalkan rupa yang nampak 10 tahun lagi muda, Sandy Cohen dan Rufus Humphrey. Kalau kat Malaysia, jangan harap-lah. Perut membuncit dan cop duit untuk anak.

Hm, macam mana-lah hidup aku sekarang kalau betul terjadi. Heih takut den pikir.

4 comments:

Mr K.Y said...

lelaki mmg mudah mlalut bile putus cinta hahahaha.

kau ada anak.
kau kasi la nama anak kau 2
depannye letak stylo2 sket..
cam name khairul ke wahaha
waa
stylo 2...

choppppp!
dieorg ada pk kau da ada anak...
maksudnye dieorg pk kau da pernah buat ehem ke?
apa yg membuatkan dieorg pk seorg lelaki baik mcm kau akan buat benda pelik itu?

roomate aku ckp "weh x baik mnipu!"

fahim said...

entahlah, aku pun taktau mcm mana diorg boleh fikir sampai macam tu.

fahim said...

dan aku takkan bagi nama khairul. It would be the name of someone that has in any way inspired me in my life. Tapi kena ada Wan Muhammad lah haha. Bagi dia rasa sikit macam mana seksa tulis nama panjang-panjang.

Mr K.Y said...

oh fine.
memberkan.
kasi nama panjang2..
bukan ke kau pon slalu komplen sal u hehehe