Friday, August 28, 2009

D.A.N.C.E.

"Do the D.A.N.C.E.

1 2 3 4 fight"

Alarm berbunyi. Masih mamai, aku capai telefon. Oh, baru pukul 10.30 pagi. Babi! Kelas 10.30 kot! Aku mandi lalu dan bersiap. 1045 pagi tertera di N82. 

"Weh aku nak berak doh"

Faiz berkata. Dia pemilik Ego yang merupakan kenderaan aku.

Aku tunggu. Aku light Dunhill. Pukul 11 sudah. 30 minit lambat nampaknya aku. Cuak sedikit sebab aku baru lagi di kolej tu. Confirm lecturer mengamuk, takpun dia kunci pintu lepas tu lecture aku untuk setengah jam. Pelbagai benda bermain di fikiran aku.

"Okay, settle"

Faiz hidupkan enjin dan bergerak terus. 1115 dah, aku sempat buat roti sardin lagi. Sampai di perkarangan kolej, aku nampak Mat. Oh, dia pun lambat nampaknya. Muka dia pun seperti kecuakan. Fai dan Ijad menyusul.





"Weh kelas cancel doh"

Mat berkata sambil muka gembira tak boleh bla.

Dalam hati aku hanya mampu berkata, "Babi!".

Saba jeee.

1 comment:

Khairul said...

Rokok pada pukul 1045. Roti sardin pada pukul 11. Pandai gak yea kau sediakan makanan sendiri.

Lewat betul kau bersahur.