Sunday, November 30, 2008

IQ test

IQ Test

Do yours here.


Bosan sial cuti ni.

Friday, November 28, 2008

Hari istimewa.. kot

28 November 2008. Akhirnya, umur aku telah pun mencecah 18 tahun. Legal 18. Eceh macam sweet 16 lah kan haha. Segala invitation yang brodo-brodo beri untuk buat aku keluar malam memang telah direject kaw-kaw. Aku tau apa akan jadi. Dan memang sangkaan aku tepat, nasib baik aku stay dekat rumah je. Kalau tak memang bau haram jadah. Memang bukan nasib aku untuk dapat "air bunga" tahun ni hehehe. Tapi, tahun ni macam tak meriah sangat ah. Mak aku offer nak buat BBQ, boleh aku ajak kawan-kawan tapi aku ada plan esok malam. Levi's Big Bash Party jom!

Bebarapa hadiah yang sudah aku dapat untuk harini:


Thanks An hehe :)

Dan memandangkan lepas budak-budak SPM habis periksa, confirm banyak prom kan? Nak promote jap this site. Tapi tak limited untuk prom je, untuk keluar dengan boyf pun boleh juga :D You so owe me for this free advertising Kak Sophia haha

Thursday, November 27, 2008

Whistle for the choir

Good God I was a mess last year.

Tuesday, November 25, 2008

Bigger boys and stolen sweethearts

Kalau Arctic Monkeys buat copyright dekat title dia dah dua kali aku kena saman. Aku mengalami title block (wujud ke?). Ye, aku mengaku aku tidaklah kreatif mana (apathy), tetapi aku ingin mencuba.
Disebabkan masalah teknikal, the-supposed-birthday-bash dekat Euphoria telah dibatalkan (aku tau kau tengah sengih, you-know-who). Baru je nak pick up lenglui mana-mana heih. Bajeeet hahaha.
Sesi untuk fitkan diri sudah bermula, dan juga mengecilkan manboobs ni -.- . I need to have a gym membership! Dan aku tau kalau aku ada pun aku jarang pergi, membazir je. Tapi aku nak juga. Degil betul heih.
Bosan la cuti ni, sesiapa mahu pergi London untuk RM499?

Monday, November 24, 2008

Hampa

Aku teruja masa sampai ke A1 GP. Lebih kurang 6 tahun sudah berlalu semasa kali terakhir aku pijak kaki di Sepang GP. Last tengok MotoGP, sekolah anjur, tak minat pun tapi pergi je, tiket percuma lah katakan. Anyway, semalam aku mempunyai harapan yang agak tinggi nak tengok pemandu Malaysia, Fairuz berdiri di atas podium. Permulaan yang agak cemerlang sia-sia apabila berlaku miscommunication dengan pit crew. Fairuz buat lawak bak kata safety driver 350Z. Takpe, nxt tme. Kot.


Fast Fairuz bontot aku (my ass).

Esok malam Euphoria let's go!

Sunday, November 23, 2008

You probably can't see for the lights

Ah sorry for the lack of update, again. I've been busy, or specifically, lazy. Such a lazy arse, aren't I?

Pada hari Khamis, sewaktu melawat Plaza Low Yat, aku telah confront satu daripada minuman yang aku dah blacklistkan. Soya Bean. Tapi campur cincau ah.


Yes I did! Tak sedap pun, dan aku masih rasa loya terhadap air soya. Dan aku terus sakit perut. Sial! Takkan aku minum lagi air ni! Memberkan An hahaha.

Semalam BBQ telah diadakan di halaman swimming pool condo Boy, bajet macam pool party ah kan haha. Dapat ah jumpa balik rakan-rakan yang setahun jumpa 2,3 kali je. Ada yang sudah berisi dan agak kurang lah yang lose weight hehehehe. Cakap orang sheesh. Aku telah ditolak masuk ke swimming pool, heihh saba je. Takpe ada ubi ada batas, lain hari aku balas. Hehehe.


What they feel towards the "chef". Sigh -.-

Lepas ni aku akan bergerak ke Sepang, tengok A1 live. Mampukah Fairuz mengambil podium? Adakan cukup hebat kereta dia, atau lagi penting, skil Fairuz? Wah suspen macam Hasbullah Awang je aku cakap.

Last but not least, sebijik kan!

Do yours here.

Wednesday, November 19, 2008

Minggu pertama selepas merdeka

Maaf disebabkan kelewatan post baru. Bukan apa, aku sibuk untuk minggu ni. Aku ikut parents aku pergi PD dan juga Seremban atas urusan kerja. At least aku ada juga-lah aktiviti masa cuti ni, kalau tak hanya merempat di rumah sahaja.
Nampaknya ramai brodo sudah balik ke rumah, finals sudah settle, kecuali Naim, dan juga kau Farhan Kacak hahaha.
Sabtu ni akan diadakan bbq, sesiapa mahu hadir, silalah komen ya, I'll get back to you. Serious ni.

Jangan ketinggalan CSI:Miami malam ni! Season finale weh! Haha. Melainkan kamu muat turun siri ini secara haram.

P/s: Kalau-lah Majlis Fatwa mengharamkan yoga dalam announcementnya, aku ingin menjadi orang pertama melabelkan mereka ini sebagai bodoh. Baru nak amalkan untuk preserve 6 pack aku. Pffft.

Friday, November 14, 2008

Selamat tinggal Micet, untuk sebulan setengah

Cuti sem bermula, satu bulan setengah yang akan dipenuhi dengan hari yang bangun pukul 1 petang, makan, tidur petang sampai pukul 7, online sekejap, keluar malam sampai pukul 4 pagi, tidur. Semestinya. Dan ada juga hari yang boleh diselitkan dengan tengok wayang dan berbeli-belah.
Untuk malam terakhir di Micet, aku telah overnight bersama Rashdan, Laloq, Zakwan dan Izzy. Bermula dengan Bandar Melaka, Eye on Malaysia, pantai Klebang (sial kena tambak) dan diakhiri dengan tidur di atas tikar di pantai Pengkalan Balak. First time, it was relaxing, listening to the sound of the waves while drifting into the world of dreams. Dikejutkan apabila air telah pasang pada pukul 430 pagi, kelam-kabut packing haha. Oh dan jarum minyak tinggal 1 cm sahaja daripada E, stesen minyak yang terdekat pula tkdela dekat mana. Tapi Alhamdulillah sampai Micet (tanpa isi minyak pun haha).

Pengkalan Balak

Eye On Malaysia


Wednesday, November 12, 2008

Penultimate day

Hari ni hari penultimate aku dekat Micet, sebab mak aku nak datang ambil esok, tapi aku nak balik Jumaat. Heih, tkpela. Sejenak lagi, kertas akhir untuk Sem ni, Pengajian Islam akan bermula. Lagi setengah jam aku nak start belajar. Haha.
Aku balik ke Shah Alam tempoh hari, untuk settle-kan perjanjian loan Mara. Aku sempat lepak dengan Sam dan tengok Quantum Of Solace. Kalau kamu dah tengok Casino Royale, aku highly recommend korang tengok cerita ni. Ianya bersambung sejam selepas Casino Royale, dan Encik Bond cuba untuk menjadikan misi kali ini tidak terlibat dengan peribadi, tetapi agak sukar, sebab siapa taknak balas dendam untuk orang yang kita sayang kan? Ceh jadi pengulas filem pula aku.

Apa-apahal Olga Kurylenko memang hot. (Kalau kamu puasa jangan tekan link tu)

Sunday, November 9, 2008

Blacklist

Setiap orang mesti mempunyai allergi ataupun sesuatu yang buat dia tidak boleh makan sesuatu ataupun minum. Aku pun sama dan aku nak list-kan sikit.

1. Soya Bean
Aku bukanlah allergic, tetapi ada kisahnya. Pada hari sukan 1999 (darjah 3), aku masuk acara (lupa) dan sebelum itu, aku telah minum air soya. Aku terus sakit perut dan acara aku ada lagi 5 minit. Nak tak nak, aku terpaksa lari. Dan aku mendapat no 1, tetapi aku tetap trauma sampai sekarang.

2. Kambing
Busuk dan liat. Tapi bbq dia sedap hehe.

3. Sotong
Taktau kenapa, memang rasa tak boleh nak makan. Sedang mencuba.

4. McChicken
Ye, burger di McD. Aku hampir muntah pada suatu ketika dahulu (tahun lepas). Tetapi Spicy Chicken McDeluxe merupakan kegemaran aku. Eleh aku tau kamu pun suka.

5. Babi
Tau-tau jela kenapa.

6. Bullshit
Bajet Will Smith macam dalam I Robot.

Itulah hampir semuanya, aku dah lupa sikit. Aku akan update nanti.

Presario

Title is my laptop's name. What the heck?

Pagi masih muda, baru 2 pagi. Kalau tidur nanti dapat teguran "tak remaja ah" daripada rakan-rakan sebilik. Peringatan, aku masih belum mencecah 20 tahun. Tetapi tak bermakna paedophile akan berminat untuk meliwat aku.
Hari minggu yang membosankan dan mengecewakan. Keputusan the Red Devils sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap mood aku untuk malam ni. I was so confident! Heih, shit happens.
Aku dapati kalau pergi ke mana-mana tempat lepak tengok bola beramai-ramai, selalunya yang kecoh adalah si anti-Manchester United atau boleh dikenali dengan Gabungan Chelsea, Arsenal dan Liverpool Bersatu (GCALB). Walaupun hati panas ingin membalas kata-kata mereka, aku hanya mampu diam sebab apabila aku membalas 1000 patah perkataan, mereka akan menjawab 1000 kali ganda lebih banyak. TEAM KORANG MENANG APA TAHUN LEPAS? HA CAKAP SIKIT! Don't give that lame excuse to forget about the past.
Jap, nak melabur saham.

Friday, November 7, 2008

Merdeka? Not quite yet

Okay, maaf sebab lama dah tak update. Bukan apa, sibuk dengan finals. Semua kertas yang susah telah ditempuhi (ceh), tinggal Pengajian Islam, yang seperti dikala sekolah menengah, harus menghafal banyak, guna logik pun tak guna juga.
General Chemistry dan Technical Maths memang aku berjuang habis-habisan. Walaupun last minute. Pecah otak aku study, harap-harap berbaloi. Dah dapat kesedaran sikit untuk sem ni, sem depan aku akan berusaha bersungguh-sungguh (ceh #2).
Minggu depan merupakan minggu terakhir aku disini, tempat yang mungkin tempat paling bosan dalam dunia but it's not that bad to be honest (ceh #3).
Aku lapar, nak makan dekat railway.

Thursday, November 6, 2008

Sunday, November 2, 2008

Finals

Esok, peperiksaan akhir bermula. Technical Maths dan Engineering Graphics. I am so not ready. Aku terus-terang. Apa yang aku belajar sepanjang Semester 1 ni? Honestly? Nothing.
Aku ni pemalas. Peperiksaan dan kuiz banyak tiru. Assignment copy+paste. Bila aku nak berubah, aku pun tak tahu la. Dulu lepas dapat result SPM, iya-iya je berazam nak study sampai otak pecah, butokan aje. Aku tak boleh tipu diri sendiri. Aku punya mentaliti memang lemah. Kenapa? Tiada inspirasi? Buto, SAT's aku score tkpyh nk ada inspirasi. I was in the high achievement!
Balik Malaysia, hancur. Hancur. Hancur. Aku salahkan SPM sebab aku tak dapat nak habis GCSE. Aku salahkan parents aku sebab aku tak dapat nak habiskan GCSE, yang aku rasa aku akan pass with flying colours, boleh buat aku stay UK, masuk kolej dekat sana. Tetapi aku kena renung kepada fakta, aku tak boleh ubah semua tu. Aku kena berusaha. Aku sedar, cuma aku tak buat. Aku sedar aku malas tapi aku malas nak ubah sikap malas aku.
Aku bukan bodoh, aku selalu dapat pujian yang aku ni intelligent. And this is coming from a straight A's student.
JANGAN JADI PEMALAS LA FAHIM!

But it's better if you do

Let me just pretend your invisible so my heart won't wrecked again. You might not know it, but I do. I know you would be a mistake if I approach you, but well I've learn from my past, and it stops here.