Tuesday, April 21, 2009

Toyol!

Agak lama aku tak update. Nak cakap sibuk tak, apatah lagi dating sebab aku sudah 2 tahun (and counting!) bersolo. Ceh ayat sedih pula aku. Disebabkan final yang akan berlangsung minggu hadapan, aku nak bercerita tentang toyol, ataupun kertas/nota/gambar dalam handphone yang dibawa masuk dewan, kisah sekolah menengah dulu.

Kelas 4 dan 5 Dedikasi memang notorious budak-budaknya. Tapi kami takde beef dengan Shakur. Setiap kali ada peperiksaan, kelas aku memang rilek. Dan juga apabila soalan objektif, confirm hampir semuanya memperolehi markah yang sama. Cara-cara untuk mendapatkan jawapan objektif adalah dengan kaedah SMS yang selalu diperolehi daripada Cristiano via aweknya, si Afro via tak tahu sumber tapi boleh dipercayai dan apabila Chemistry, aku. Cit nak juga nama -.- . Aku selalu duduk di tepi dinding dan juga paling belakang, maka adalah kerja aku untuk forwardkan kepada kawan-kawan yang lain. Dan masa inilah yang ramai akan bertukar daripada handphone canggih-canggih ke 3310, Butterfly dan seangkatan, sebab senang nak type dan tengok haha!

Selain SMS, cara kalkulator juga boleh digunakan. Bagi je saintifik kalkulator yang berharga RM37.50 +- tu, dan orang sebelah akan type A, B, C ataupun D. Kalau ada F tu lantak kau-lah.

Juga ke tandas. Ini adalah taktik aku dan Sam. Aku selalunya akan dapat SMS, terus gerak tandas. Sam didalam kelasnya yang memperhatikan, akan turun ke tandas dalam masa segera.

Dan didalam tandas juga, akan terdapat pelbagai buku nota setebal 200 mukasurat. Bukan aku punya, orang lain punya. Rezeki depan mata, takkan nak lepaskan?
Kalau aku dengan si kaca mata Armani, aku akan menunjuk satu jari untuk A, dua jari untuk B dan lebih-lebih tula.

Ada juga taktik mencarut.
"Kau ni Anjing!"
"Susah Babi sial soalan"
"Jangan jadi Cibai"
"Dum dum tak?".. (okay untuk D tak ingat)

Disebabkan sekolah suruh membeli test pad berlogo sekolah untuk digunakan, selalunya telah ada nota didalam itu. Tapi cikgu tu takdelah bodoh sangat taknak check. So, simpanlah dalam pencil box ataupun kocek seluar. Masa bermula, terus dikeluarkan dan cikgu takkan suspek apa-apa. Sekali lagi diingatkan, kalau pro sahaja boleh buat.

Kertas lebih juga akan digunakan untuk soalan subjektif dan akan dipass kepada sahabat-sahabat lain. Ada juga taktik bagi kertas jawapan terus, ini dipanggil teknik swap. Memberkan dah siap akan membuat untuk member lain, lepastu hantar je. Taktik ni paling jarang digunakan.

Pernah juga aku buatkan graph Physics untuk 6 orang sekaligus, sampai ke harini aku masih tak faham macam-mana tak boleh kantoi. Kui kui kui (gelak gedik).

Aku juga selalu paling belakang dan tepi, dekat dengan bag. Kadang-kadang kalau rasa teramat kerek, ambil buku terus selak. Cikgu datang, letak dekat atas peha dan tekan ke atas, kan dekat bawah meja tu ada gap. Sekolah aku ada, takkan korang takde?

Tapi waktu SPM memang tak boleh bla. Langsung tak meniru, ianya mustahil. Dan semua orang tidak dapat result yang sama untuk kali pertama. Walaupun kelas aku agak macam cibai sedikit (KELAS AWAK NI LAH KELAS SAINS YANG PALING TERUK DALAM SEJARAH SAAS!), tapi aku tengok semua ada potensi untuk berjaya. Mungkin Amirah Band tidak. Cerita lain.

Maka adik-adik yang mengambil SPM tahun ni, abang (lol!) tak menggalakkan bawa toyol, tapi kalau boleh, bawa lah ye. Hahaha.

8 comments:

Huzai Mansor said...

Haha. Teringat pulak zaman aku meniru. Guna cara non-verbal.

A=garu dahi
B=garu hidung
C=garu dagu
D=garu leher.

Kelakar siak. :D

fahim said...

haha setiap orang ada caranya tersendiri, aku pernah dgr ada yang guna gerakan mata, licik!

Khairul said...

ada 1 lg taktik...tp hanya boleh guna kalu sume sekepala and penjaga x ramai.

dalam dewan kan luas..

so semua tundukkan kepala.
then sorang yang kat dpn aku cakap
"no 1"
then org yang kat paling belang nun jauh disana akn cakap "B" sambil tundukkan muka. kiranya sume tundukkan kepala la bajet x der pepe berlaku. dan penjaga pun x tau nak aim sape sbb sume mcm tgh jawab soalan.

hanya bleh digunakan masa kat dewan yang besar je

dan, hanya pro cam aku je bleh hahaa

Khairul said...

fahim blog baru sial
letak la shoutbox..leh aku ngata kau sket hehe

fahim said...

khairul - taktik biasa sial. buat2 mcm tidur padahal berckp dgn org sebelah. Mls aku ltk shoutbox

misteri said...

aku igt lg zaman 4dedikasi.
time exam aku tido.
lg 5 min kena hanta, trus siap!
hahahaha!
bes betul

fahim said...

aku rasa tu mcm EST je hahaha!

AsyiqinBadri said...

haha.. sepesen je gn care aq meniru.. smpi skrg aq praktikkn kt kolej.. nseb bek muke innocent, lecturer x aim aq.. =p