Showing posts with label Micet. Show all posts
Showing posts with label Micet. Show all posts

Saturday, February 28, 2009

Jom masuk UniKL MICET!

Okay, gila keju (cheesy) title aku. Merujuk kepada title aku, entri kali ni ditujukan kepada budak lepasan SPM/STPM/Matrik dan sebagainya yang mesti tengah pening nak pilih kursus yang bersesuaian. Saya buat ikhlas entri ni, tak dapat komisen pun. 

Kalau kamu beraliran sains dan tidak berminat nak jadi Doktor/Akauntan, kenapa tidak pilih untuk menjadi Jurutera Kimia (Chemical Engineer) ? Selain ia menghiburkan untuk bermain dengan bahan kimia seperti Potassium (dekat tahap Universiti dapat main dengan yang bakal menghasilkan letupan yang lagi powerrr) ianya juga akan memberi prospek yang teramatlah cerah macam lampu xenon dekat kereta BMW selepas graduate. 

Kenapa pilih UniKL Micet sedangkan pelbagai universiti seperti UiTM, USM dan pelbagai lagi menawarkan Chemical Engineering?

Di UniKL Micet, ianya lebih hands-on atau erti kata lain, practical daripada teori. Anda bayangkan anda di interview dan dia suruh anda operate machinery. Jika kamu di UniKL Micet, besar kemungkinan kamu boleh buat dan sebaliknya jika di IPTA yang banyak teori. Ya, UniKL merupakan IPTS tapi dia under MARA so kira 50-50 la hehehe. Dan disebabkan UniKL banyak network, kebanyakan pelajar yang graduate sudah ada kerja sebelum graduate lagi sebenarnya, semasa practical lagi, masa sem 6. Kalau tak dapat kerja masa practical pun jangan risau, prospek untuk Chemical Engineer memang cerah.

Eh jap, UniKL ni mesti dekat KL kan?

Malangnya, tidak. Ianya terletak di Melaka dan betul-betul dengan sempadan Negri 9, tempat ni memang ideal untuk orang KL, Selangor, Negri 9, Johor dan juga Melaka. Kalau dari KL pun, baru sejam setengah, maksimum. Kalau tak stop makan-lah

Apa yang bestnya kat sini?

Walaupun ada tanda yang tulis "Awas! Kawasan kampung), jangan takut. Ianya tidak bosan. Dengan kelengkapan sukan seperti padang bola sepak, ragbi, netball, hoki, gelanggang basketball, bola tampar, tennis, futsal, badminton dan juga gym, tak mungkin anda akan terus menjadi gemuk dan obese. Lainlah kalau kau ni pemalas anjing. 
Selain itu, kalau naik kereta hanya memerlukan masa lebih kurang 40 minit untuk ke Bandar Melaka. Mall paling best, Dataran Pahlawan. Semua lengkap. Untuk shopping ke, nak tengok wayang atau dating dengan girlf/boyf/bi. Eh kenapa masuk bi. Sama je taraf dengan KLCC/Mid/OU/Sunway. Serious tak tipu.
Dekat dengan tempat hiburan seperti shisha, karaoke, snooker dan pelbagai. Ni pandai-pandai carilah ye. Kena tanya orang. Aku tak dapat nak bagi direction pula dekat sini. 
Ianya juga dekat dengan kolam air panas dan juga pantai. Korang sewa kereta pergi main pun takdehal. Tapi senyap-senyap sudey. 
Oh dan jangan risau, banyak orang disini cantik, lawa, hot, handsome, kacak, macho, jambu dan semua tulah. 

Tunggu apa lagi? Jom lah masuk UniKL MICET! Ada apa-apa pertanyaan, jangan segan komen ye.

Sunday, August 24, 2008

#6

Pembetulan terhadap posting sebelum ini, the Mighty Red Devils akan bermain hari ini. Arsengal telah dengan malunya kalah terhadap relegation contender Fulham. Manakala the Reds boleh dianggap bertuah dengan kemenangan 2-1 keatas 'Boro yang boleh dianggap kejam terhadap angkatan Gareth Southgate. Chelsea bakal berentap dengan pasukan bawahan Wigan Athletic bimbingan Steve Bruce, bekas pemain dan juga kapten Man Utd.
Hari ini tidak ada apa yang menarik berlaku, bosan. Masa diluangkan dengan tidur dan online. Sumpah tempat ni tkde life. Macam duduk dlm hutan, kalau tkde transport. Sepatutnya bergerak ke bandaraya Melaka tetapi dibatalkan sbb mcm ramai yang malas. Sepatutnya pagi tadi berlangsung race pelancau tah, aku tak turut serta sebab hari aku bermula pada pukul 12 tengah hari. Aku dengar tak sampai 50 orang pun yang join, saba je Micet.
Esok ada test Kimia, aku pn tktau la dh bersedia ke tak, banyak sangat assignment. Konon. Padahal duduk depan laptop layan cerita biru. Hehe. Minggu depan midsem, tapi cuti tk sama dengan budak IPTA so aku rasa aku tak banyak lepak la kot. Mungkin dengan member dkt UiTM Shah Alam itupun berapa kerat je. Dengan budak Micet dekat KL jela nmpknye, terpaksa aku menggunakan public transport kerana harapan Mama nak bagi guna kereta dekat tempat-tempat sesak dan hanya membazir minyak.
Doakan aku berjaya dalam ujian esok allright !