Tuesday, September 30, 2008

Eid Mubarak

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Memandangkan aku ada mulut yang orang tua akan sering cakap "cili kang!", aku tau aku banyak mengeluarkan kata-kata kesat dan sering mencarut (apahal humble sangat ni). Aku balik kampung esok, kira raya dekat Shah Alam dulu, memandangkan rumah nenek aku belah bapa dekat Seksyen 2 sahaja. Dah beribu (exaggerating) message raya aku dapat, nanti aku balas ye. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Monday, September 29, 2008

Malang




















I want thiiiiiiiiiiiiiiis shirt! Malangnya duit tk mengizinkan. Should have gone to Topman sooner heih. Sesiapa sudi nak belanja? :(

Saiz S tau hehe.

Knackered

Selama 4 hari aku balik rumah, aku kurang rehat, kurang tidur. Badan sakit, kena lutut main bola. Sakit doh. 3 malam berturut-turut main, kali pertama. Form pun dip, berkarat, nak gain balik. Balik Micet nanti main futsal lah, basketball tolak tepi. Sorry ye kepada yang selalu tengok aku main. Ceh, perasan!
Aku akan bergerak shopping dengan family aku lepas ni, harap-harap pergi Mid Valley lah sebab aku dh survey OU dengan Sunway Pyramid, tiada yang menarik mata aku. Serious. Aku balik dengan tangan kosong je, satu yang agak rare untuk aku semenjak masuk U. Dulu mana ada duit, tak kerja. Mak bapak pun control duit. Ye aku masih duduk bawah jagaan ibu bapa.
Esok hari terakhir puasa, sedih do (Ya Allah teruknya aku menipu).

Sunday, September 28, 2008

5 Kugiran Paling Aku Minat

Semua orang mesti mempunyai cita rasa dalam muzik. Tidak kira kalau kamu punk, hip hop, metal, indie dan pelbagai. Tidak kurang juga aku. Aku lebih menjurus kepada rock dan indie. Tapi aku tak berapa arif tentang genre yang lebih detail so aku akan tulis yang general sahaja. Mungkin ada yang berkongsi cita rasa dengan aku, mana lah tahu.

5.Paramore
Kugiran daripada Franklin, Tennessee ini ditubuhkan pada tahun 2004 dianggotai oleh Hayley Williams(lead vocals), Josh Farro (lead guitar), Jeremy Davis (bass), dan juga Zac Farro (drums). Satu-satunya band yang ada perempuan sebagai lead vocalist yang aku minat, dan juga sebab Haylie ni comel. Dia bukan macam Avril Lavigne yang teramat overrated. Lagu mereka Misery Business membuat aku jatuh kepada band ini selain Crushcrushcrush. Nama mereka adalah daripada perkataan paramour yang bermaksud secret lover.





4. Alkaline Trio
Kugiran punk rock daripada Chicago ini telah bermain muzik selama 12 tahun. Vocal Matt Skiba memang asyik. Lagu mereka sering diasaskan pasal cinta, alkohol, depression, dadah dan kematian. Aku mula dengar band ini masa tahun 2o06, di komputer pakcik aku. Aku terus hook dekat Mercy Me, Armageddon dan juga Time To Waste. Dan juga jika dilihat pada nama, mereka hanya ada 3 ahli, tidak lebih, tidak kurang tetapi member diorg sering ditukar kecuali Matt Skiba, seorang sahaja founding member yang masih kekal. Try dengan Mercy Me, confirm korg suka!









3. The Strokes
Kugiran dari New York ini yang pernah dianggap hero kepada Rock N Roll dianggotai Julian Casablancas, Nick Valensi, Albert Hammond Jr, Nikolai Frature dan Fabrizio Moretti. Diorang ni memang aku tabik spring. Serious best, aku rasa dalam laptop aku ni lagu diorg paling banyak, daripada pelbagai album. Percaya atau tidak, lead vocalist mereka, Julian Casablancas telah dihantar ke sekolah di Switzerland pada umur 13 untuk masalah menogak! Yep, umur 13. Kalau tengok dia nyanyi pun selalu macam stoned je, mata kantoi. Tapi semua kugiran macam tu, Malaysia pun sama je. Aku rekemen korg dengar Heart In A Cage, You Only Live Once, Last Night, Is This It dan juga Juicebox. Kalau korg tk suka, korang hanya dengar sifu M Nasir kot.




2. Arctic Monkeys
Kugiran daripada Sheffield, UK telah merevolusikan internet. Dikira sebagai kugiran pertama yang menggunakan internet untuk mengmarketkan lagu mereka. Ala macam Kate Voegele, Colbie Cailat, Marie Digby. Tanpa internet, siapakah mereka? Aku diintroduce kepada band ini oleh ex aku. Lagu "I Bet You Look Good On The Dancefloor". Tapi aku masih tak jatuh lagi pada band ini kerana malangnya, aku masih lagi seorang yang hanya mendenger 50 Cent, Eminem, Ludacris dll pada ketika itu. Hanya pada tahun 2006 aku tertarik pada band ini. Lagu Fake Tales of San Francisco menjadi ringtone aku selama setahun. Ditukar sebab ada member aku pakai ringtone sama, cibai. Selain itu, When The Sun Goes Down, Old Yellow Bricks dan Fluorescent Adolescent terus menarik minat aku terhadap band Indie daripada negara St George ni. Dengar rumours mereka akan datang ke Malaysia, ataupun Paramore. I am so there!


Okay so kita hampir sampai ke no 1. Tiada tempat untuk Fall Out Boy yang aku teramat gilakan semasa Sugar We're Going Down keluar, ataupun Bittersweet, band indie yang buat aku tkde suara setiap kali aku pergi gig. Tiada juga tempat untuk Mayday Parade, Matchbook Romance, Muse, Radiohead dan pelbagai. Siapa? Mungkin ada yang sudah jangka.


1. Hujan
Mungkin aku akan dilabel sebagai budak Indie. Sebab kugiran ni orang kata sudah overrated. Tetapi hakikatnya kugiran ni memang best. Ramai orang kata Fuck Hujan. Tapi bila pergi gig, nyanyi bersama juga. Hipokrit, biasalah. Tapi aku bukan nak berleter. Kugiran ini dianggotai Noh Saleh, AG Coco, Dimas dan juga Acer pada awalnya tetapi Dimas telah direplace Dugong dan juga Ully daripada Awanband dijadikan sub-guitarist. Mereka juga telah merevolusikan scene Indie di Malaysia. Nama mereka di flyers gig boleh menarik beribu peminat gig. Kugiran No 1 Malaysia. Tidak boleh dinafikan. Tapi aku tkdela sampai pakai baju diorang pergi gig atau berjalan di Plaza Alam Sentral. Koya. Orang pandang serong. Lagu "Meninggalkan Aku Sendiri" telah menarik aku. Dan pada masa itu, tiada seorang pun kawan aku yang kenal mereka dan juga mengutuk aku bila dengar diorg ni, sebab diorg nyanyi lagu Melayu. Aku bangga sikitlah sebab menjadi antara orang yang terawal hehehe. Lumrah manusia kan. Don't blame me.

Rindu MCPA pula.

Saturday, September 27, 2008

#32


Hari ni merupakan hari yang agak memenatkan dan akan disambung lagi dengan bermain futsal pukul 12 sekejap lagi dekat Subang. Nak jadi fit balik. Bulan puasa ni badan naik, tapi masih lagi kacak, jangan risau. Pukul 5.15 pagi mak aku call, tanya dah balik belum. Padahal aku dalam bilik tengah tidur, nasib baik sempat sahur. Kalau tak kempunan aku petang tadi kelaparan. Dan seperti yang dirancang, telah gerak ke One Utama untuk shopping dan aku tidak membeli apa-apa sebab tiada apa yang menarik, untuk aku. Dan juga kesempitan duit. Berbuka di rumah saudara di Seksyen 8 harini, agk meriah tapi aku penat so lepas buka aku terus tidur, bilik dia sejuk pula tu memang silap besar. Kawan aku dah tunggu dkt luar, chw!

#31

Aku tak sampai sehari lagi sampai Shah Alam dah start lepak macam dulu. Semalam lepas buka, pergi tarawikh dengan Sam dan Am. Ye aku pergi surau sahaja. Lepastu kami pergi shisha dekat Ali Corner dengan Naim, Arip, Afiq, Omar, Paan, Akir. Tengah terbang-terbang macam tu, Arip ajak main futsal. Memang tkdehal la. Main pkul 1 pagi. Memang aku berkarat main, berapa bulan tak sentuh bola. Sekarang belakang aku sakit sebab terlanggar orang. Babi betul, tak selesa sial.

Hari ni mau pergi OU dengan brodo. Mau ikut?

Friday, September 26, 2008

#30

Rumah manis rumah (home sweet home?) akhirnya. Sejam je naik kereta (maintain 140kph+) lepas tu cuak bila nampak Polis pegang camera haha. Market sikit dekat Micet bila Airil sampai, suruh buka tingkap pakai shade. Stop dekat tmpt park guard (yang mengambil masa untuk mengangkat palang), ramai tengah tunggu bas, pergh mencapap gila babi ah.
Ramai dah message ajak berbuka. Tinggal berapa hari je Ramadhan, schedule buka busy. Isnin baru dapat nak buka dengan brodo. Orang gaji aku dah berhenti, pinjam nenek aku punya skjp. Memang merana la adik-beradik aku ni. Tapi dah biasa dah pun, duduk UK 4 tahun mana ada orang gaji, pandai-pandai hidup la.
Kamu balik kampung bila?

Thursday, September 25, 2008

#29

Disebabkan komplikasi yang dialami Airil, aku perlu tinggal untuk lagi satu malam dekat Micet ni. Nasib baik Joe dengan Sam pun balik esok, kalau tak merempat la aku. Heih. Ramai brodo-brodo sudah sampai dekat rumah, aku dengan Airil je yang belum balik.
Harini aku bangun awal sebab ada tutor Kimia, dimana tak belajar mana pun sebab Mdm. Noraini perasan yang kelas aku semua tak semangat je, so kami bual-bual kosong sahaja. Petang ada kuiz Maths dengan lecture Engineering Graphics (dimana aku ponteng). Section lain kebanyakan dah takda kelas dah, sial betul.
Lagi 10 minit berbuka, Selamat Berbuka Puasa :)

Wednesday, September 24, 2008

#28

Aku baru je habis "bergayut" dengan Airil. Ada kemungkinan besar aku akan balik dengan dia esok dan aku memang amat mengharap boleh balik esok. Ramai je yang balik esok nanti aku takde life pula untuk satu malam. Malam ni sepatutnya pergi overnight dengan budak Section aku, pergi Pantai Puteri/Klebang. Tetapi malangnya kereta yang aku nak sewa mengalami eksiden. Masa parking *sigh. Heih siapa la yang buat, menyusahkan aku je.

Aku perlukan girlfriend. Sesiapa sudi?

#27

Time flies so fast. 2 more days and I'll be off from this place and back at Shah Alam. It's 3.43 am and I don't feel like sleeping while my room is quiet (except for Jaja's snoring, the unofficial roomate). Next sem, it's been decided that Sam, Joe, Jaja and of course myself would be roomates. Insyallah. I can't be bothered to write in Malay. It feels very akward but I do pride myself in trying because it's not that easy for me. Now I'm just writing what goes in my head. I'm looking forward to Hari Raya, balik Morib and kumpul duit raya, which I doubt will reach anywhere near RM300 (chyeah budak Universiti masih dapat duit raya).
I'll tell a random fact about myself. I can't stay with a group of friends for too long. I need variety in my life. No matter how much fun or exciting it is with them, I'd leave just like that. I don't knw why but I will feel rimas. Jangan terasa sesiapa please. But nasib baik I'm fine with brodo-brodo. Before that, I was with the Hallamak! people (a name invented by myself) and chyeah they provided a lot of entertainment and of course girls (!). And since I lepak with brodo-brodo that was very hard to come by. And the reason for I've been single for so long. Or perhaps I'm just too afraid to go serious again, let alone flirt because of what happened in the past, the scars is there, bleeding still. Okaay why am I talking about this?
Anyhow, let's be honest. How many days have I not fast? Certain. But not much. I'm not that religious and even people with first impression towards me can say that. And talking about that, I've been hearing what people say about me. Strangers to me. Those who doesn't know who I'm like. And I don't like it. FUCK YOU BITCHES! And of course mostly it's from the Eve section. Sorrylah if I'm too "elite" for you "kampung" people. There I said it. You people are too fucking close-minded. So fucking shallow how you think. Are you really that thick to judge someone by how they behave, what they wear, the way they talk. Allright so humans act like that but personally, it just us Malay. It's been going for generations, we can see people have it easy. I think most of you would agree except those who are against the buka 10% kuota UiTM untuk bukan bumiputera.
Malas nak berleter panjang. Byebye. Karang kontroversi, ISA tangkap aku kena tahan 2 tahun. Camne aku nak siapkan Diploma aku?

Coldplay - The Scientist

Why oh why do I not want to approach you? Fucking faggot.

Tuesday, September 23, 2008

#26




















The future of Chemistry is in his hands*

Aku ponteng kelas Mandarin harini yang start pukul 9 pagi. Aku ngantuk, yes I am. Tambahan lagi aku malas nak pakai safety boot pergi kelas sebab pukul 10 pagi aku ada lab. Dan ianya fuck up. Aku kena ulang 3 kali. Kenapa? Sebab kecuaian sesetengah pihak (tidak terlibat aku). Nama dirahsiakan untuk mengelak persengketaan.
Aku balik Shah Alam hari Jumaat so mungkin shopping ditangguhkan ke hari Isnin (sebab aku). Aku mau balik dengan Airil hehehe, boleh dihantar sampai depan rumah. Dan takpayah aku naik bas pergi Alor Gajah, for sure barang aku akan banyak gila babi.

P Ramlee - Dendang Perantau (mentang-mentang lah raya)

1-1. SABA JE!

Sunday, September 21, 2008

#25















Chyeah konon study kan

T
est Matematik lagi sejam. Aku bangun awal pagi untuk study, maklumlah semalam aku keluar pergi Melaka, pukul 12 baru balik (curfew untuk hari Sabtu adalah pukul 1 pagi) memang penat gila babi.
Dan ya, test aku hari Ahad. Encik Zaihar kata dia tiada pilihan lain, kami pelajar hanya mampu merungut, yela pagi Ahad kena bangun sedangkan ianya hari cuti. Siapa tak bengang tapi nak buat macam-mana lah kan.
Kamu puasa hari ni?

The Rapture House - House of Jealous Lovers

Seminggu setengah lagi raya, yeay (teruja sikit je)

Friday, September 19, 2008

#24














Shawal bakal menjelma. Reunion dengan brodo-brodo ni. Rindu beb dekat diorg ni. Rindu nak memantat dengan diorg ni. Semua sekarang dah melanjutkan pelajaran kecuali Sam dengan Nyet. Sam baru balik PLKN manakala Nyet pula baru je habis SPM BM Julai, so masih menunggu result. Jumaat depan shopping(!) dengan diorg, I finally can shop with this honest but cruel fashion advisor(s).

"Baju ni pukimak doh dkt kau, tkpyh beli,"

"Taste kuda siot kau ni"

Bebarapa contoh ayat yang sering digunakan. Sesiapa nak terserempak dengan aku, sila lah pergi ke OU, Sunway Pyramid dan Mid Valley Jumaat minggu depan. Confirm jumpa.

T.I. - Big Shit Poppin'

C
runch time! Manchester United lawan Chelsea esok. Kurang konfiden kerana akan berlawan di Stamford Bridge, credit to Chelsea, diorg tk pernah kalah dekat situ dalam 4 tahun (?) dalam Liga Inggeris (?).

#23

Aku baru jumpa website baju yang offer pelbagai catchy words. Okay aku tau banyak website dan juga Angkatan Baju Malaya ada macam ni tapi serious ni memang menarik perhatian aku. Sila lah pergi http://www.bustedtees.com/ . Harga dia yang menarik turn me off -.- Some of the designs:



Wednesday, September 17, 2008

#22

Semenjak aku habis Midsem, aku memang rilek je. Serious beb, kelas aku banyak yang dibatalkan. Sampai aku, yang pemalas macam babi ni, rasa rimas bila takda kelas. Yela tengok dalam bilik, kosong je. Semua pergi kelas. Belajar. Aku dah berazam nak berubah tapi... tak jugak heih. Aku study pun very inconsistent, tengok mood. Tapi kalau study memang miracle ah, so let's make that a habit shall we?
Semalam Section F tangkap gambar rasmi. Aku dah semangat pakai cardigan tapi tengok-tengok kena pakai blazer. Cis. Aku sanggup mengharungi panas terik dengan matahari yang memancar atas kepala tu (ayat tak boleh bla). Tapi bila informal shot memang agak gempak ah, aku bajet Slash haha tapi Black serious rasta beb, macam Bob Marley (No Woman, No Cry).
Lepas ni aku ada bomba, sigh. Sesi mengikat tali, macam minggu lepas. Siap ada ujian, wish me luck.

Rancid - Out of Control

Malam ni Cristiano Ronaldo bakal beraksi, jom kita lihat.

Monday, September 15, 2008

#21

Semester satu hampir tamat. Betapa cepatnya masa berlalu, tengok-tengok aku sudah 3 bulan dekat tempat jahanam ni. Bukannya tempat ni tak best, cuma tmpt ni teramatlah terhad hiburannya. Kecuali kamu ada transport dan juga rajin isi minyak. Tapi tidak la serancak Subang Jaya/Hartamas/Bangsar. Apa kamu ingat dekat Taboh Naning ni tkde shisha macam Hartamas Square? Jangan main gila beb, lagi best perisa dia (tipu).
Btw, aku balik ke Micet semalam menggunakan cara yang sama dengan aku balik Shah Alam, menggunakan KTM. Yes. Nasib baik ada train pergi Tampin pukul 4.30 petang. Kalau tak kempunan aku. Konon nak study agama, tengok-tengok agama cancel, kuiz tak jadi. Siapa tak bengang beb (tipu #2).
Hari raya semakin hampir. Bagi aku-lah. Bagi korg tktau la. Masa untuk berbeli-belah. One Utama, Midvalley, Sunway Pyramid, here I come! Tapi malangnya duit aku sikit. Sesiapa nak bagi duit raya in advance?

Taking Back Sunday - You're so Last Summer

Sunday, September 14, 2008

#20

PUKIMAK KAU WES BROWN APAHAL KAU OWN GOAL LA MACIBAI!
Okay lepaskan geram skjp. Dah okay. Heih, such a perfect start to the match ruined. Berbatov dan Robinho mengalami nasib sama. Debut untuk kelab masing-masing diakhiri dengan kekalahan walaupun bermain dengan cemerlang. Assist untuk Berbatov dan gol untuk Robinho. Aku tengok match dekat Khalifah seksyen 3 bengang je dan seperti yang disangka, beribu-ribu SMS dan panggilan telefon aku terima (exaggerating).
Sekarang aku tengah panik, aku tkde transport nak balik Micet. Boy dengan Airil balik esok, kalau boleh aku nk sacrifice Isnin tapi ada test agama la pula heih.
Jap aku writer block. Chow

Saturday, September 13, 2008

#19

Aku selamat tiba di Shah Alam malam tadi. Kali pertama naik KTM daripada Tampin ke KL Sentral. Dan ianya hisap (suck?). At least naik first class, Nana belanja hehe. Harapan ah aku nak naik first class kn, duit saving weh. Loan MARA pun tak dapat lagi -.-
Sampai Shah Alam, Sam ambil aku, ditemani oleh Arip dan Nyet (Monyet. Ye. Kenapa? Sebab dia berbulu). Sam, Nyet dengan Epul sekarang buat bisnes, jual cookies untuk raya. Harap-harap berjayalah. Lepak Hakim skjp, rindu do tempat tu. Then pergi rumah Epul, tasted the sample lpstu balik rumah, penat beb.
Sekarang aku lapar. Berbuka lagi 8 jam. FEN!

The Times - Pesona Algebra

Esok balik Micet. DAMN SON! (tiru ayat seseorang skjp)

Thursday, September 11, 2008

#18

Internet di Micet yg boleh diibaratkan macam line cliche Chipsmore amat menyusahkan aku untuk update blog ni. Tapi so far sekarang dah okay sikit daripada dulu, dapat-lah download movie dengan lagu. Kelas aku pun banyak masa pagi je, kelas petang kebanyakan cancel-lah. Lecturer nak balik awal berbuka dengan keluarga. Hmph.
Semalam aku belajar ikat tali bersama si Karu. Pelbagai cara yang aku rasa aku sudah tak ingat, complicated weh. Aku ni mana ada bakat dalam benda-benda macam ni. Cat paw la, apa la. Macam sial.
Pagi tadi aku tak bangun sahur walaupun alarm dari handphone aku, Joe, Sam dan Abe Fahmi dengan kuatnya berdering. Memang kuat macam sial. Aku terbangun tapi teramat malas nak bangun dari katil. Takde sorg pun roomate aku yg bangun sahur, termasuk Jaja yang hampir hari-hari tidur bilik aku, tak malu.

The Vines - Ride

England 4 Croatia 1 - Theo Walcott hat-trick dan Wayne Rooney menyumbangkan satu gol. Era baru untuk 3 Lions? Local media yang bias berkata begitu, kita lihat next game.

Wednesday, September 10, 2008

#17

Maaf lama tak update, tetapi Micet yg cam sial ni server dia down. Macam tak biasa pula kan. Skrg jam menunjukkan pukul 5.36 pagi, waktu sahur. Aku hanya santap Mee Sedap (yg tidak dinafikan sedap) dan roti disalut PB&J. Life in micet is non-existent.
Kelas so far okay, hari Isnin dn Selasa mmg rilek gila. Sebab lab tkde minggu ni, tkpyh nk susah-payah 3 jam. Budak-budak Micet aku tgk semakin meliar. Ramai dah dah ada skandal dan teman lelaki/wanita. Ni dari pemantauan aku ah, malas aku nak bagi detail yang lebih. Aku tak kisah, kot. Belajar beb. Pukimak hipokrit kau ni Fahim.
Aku kena buat keputusan cepat. Antara balik Shah Alam minggu ni atau stay kt Micet lpstu gerak Melaka. Berbuka dengan keluarga angkat memang aku dah tolak tepi, cerita lain.
Sekarang duit aku selalu short, aku kena start saving. Bazaar Ramadhan memang pandai mengambil perhatian duit aku. Hari-hari memang makan lebih dari yang sepatutnya. Biasa la, puasa kan. Nampak benda yang sedap, beli je. Padahal kadang-kadang tk sedap. Heih saba jela.
Aku malaaaas nak layan dia, macam cibai.

The Hush Sound - Wine Red

M
ichael Essien injured 6 bulan? Ah happy news.

Sunday, September 7, 2008

#16

Sebentar lagi aku akan bertolak ke Micet dengan Kak Sophia. Dia dah bgtau awal-awal aku kene bayar tol. Takpe ah, kita menumpang, kena la jalankan tanggungjwb kan.
Malam tadi aku pergi lepak dkt Old White Town Coffee dekat Taipan diselangi dengan bermain pool di Asia Club (AC to some of you). Penuh dengan manusia sosial. Macam biasa la. Malam minggu pula. Jumpa dengan budak-budak market yang teramat dibenci. Tapi sbenarnya dia baik, cume perangai dia tu tak tahan beb. Balik hampir-hampir nk sahur, memang aku sampai Micet terus tidur la macam ni.
Aku masih tak tau nak expect berpuasa di Micet macam mana. Sahur dan berbuka. Sahur mungkin tiada masalah (kecuali kalau tidur mati) ttp berbuka. Sesiapa nak derma kereta dekat aku? Aku tkde transport ni. Suzuki Swift pun okay la. Berangan siot.
Perangai dia semakin menjengkelkan, aku nak lawan balik malas. Malas nak sakitkan hati orang. So macam biasa, silent treatment.

Mayday Parade - Miserable at Best

England 2 Andorra 0 - Pemain tengah dari Chelsea, Joe Cole telah menjaringkan 2 gol, sekaligus meringankan sikit beban ke atas Don Fabio Capello. Sama macam counterpart dia dari Israel, Don Avram Grant. Muka mafia sial dua-dua ni.

Friday, September 5, 2008

#15

Aku rasa aku dah jumpa orang lagi hot dari Juria Hartmans(hehe can't resist, gorgeous girl, Juria) dekat facebook. Serious beb, gua tk tipu. Tapi nama terpaksa dirahsiakan la. Thnks A'an for the heads up!
Okay so sepatutnya buka dkt McD kaan, tapi malangnya buffet is not held this year! So bygkan la betapa kecewanya aku. Betapa nafsu telah membuak untuk meratap Spicy Chicken McDeluxe, Big Mac, Quarter Pounder, Spicy Chicken Foldover. UNLIMITED! YES! FUCKING UNLIMITED! So end up makan dekat kepsi (KFC) and well for RM10, dinner plate amat mengenyangkan. Ataupun sebab ramai member aku tk hbs pastu aku lahap diorg pnya? Either way, aku dapat lepak dengan member so berbaloi ah. Tadi Afiq pergi potong rambut dekat L'oreal Seksyen 2, so dapat jumpa dgn the hot hairdresser! And she looks hot. Like obviously hehe. Next time mintak no phone, mhm mhm.

Dear Juliet - If The Moon Fell Down

A
ku silap. Esok England ada perlawanan kelayakan lawan Andorra. Fabio Capello telah mengambil risiko dengan tidak memanggil Owen, will he justify tht decision? Esok kita tengok!

#14

Aku masih tak berfungsi harini. Bangun sebab atuk aku call, nak pergi sembahyang jumaat. Pause seketika, "nak pergi ke tak?". And I did went. Dan untuk pertama kali setelah sekian lama, aku menumpukan perhatian dekat khutbah. Byk juga ah benda yang aku tktau rupanya. Malas aku nak bercerita, kamu semua bukannya interested dekat benda macam ni kan, eleh macam aku tak tau.
Rancangan untuk harini, buffet di McD seksyen 3. Ha, ekslusif dekat sini je, setakat yang aku taula. Bayar RM20, korang nak makan sampai perut meletup, sila. It's been an annual event with close friends, kitorg confirm akan lawan siapa paling makan banyak. Tapi tahun ni ramai tak balik kan, so adala 3-4 orang je yg akan join. Drooooooool. Hehehe sorry kepada yang berpuasa.
Aku tak jadi nak balik Micet dengan Airil. Baru ingat nak market dengan Celica Merah dia. Heih. Next week dia kata nak balik Shah Alam. Nak balik lagi ke minggu depan? Tengok cmna dulula. Harini dah hari Jumaat, cuti sem nak habis dah. Gila ah. Rasa sekejap gila, dah la duduk rumah je. Memantat. Menahan diri daripada nafsu syahwat. You guys know wht I mean hehe.

The Fratellis - Chelsea Dagger

Liga Inggeris akan berlangsung esok. Jom kita tengok kehebatan Dimitar Berbatov!

Thursday, September 4, 2008

#13

How the hell can people find doing lab report entertaining? They are abnormal! Ha random ramblings, datang bulan.
Hari yang luar sikit dari biasa. Setelah lama cuti, harini baru ada kereta. Jalan-jalan sekitar pusat bandar Shah Alam, ambil seluar yg di-alter, which fucked up sebab bawah dia besar, dah macam zaman Tony Hawk pula. And I treat myself to a haircut. Diam ah, aku tau aku metrosexual, kau susah? Masa aku masuk L'Oreal dkt Seksyen 2 (free advertising) tu, memang aku expect N akan potong rambut aku. Tetapi agak mengejut apabila aku masuk, tiada kelibat dia. He quits, great. So ada orang baru (perempuan) dan dia tidak mengecewakan. Dan dia juga agak hot! Stim skjp apabila nmpk lurah dada dia. Apa? Ye aku straight, tu sbb aku stim, pegi la mampus kalau pahala puasa aku kurang.
Nanti buka Nadiah dengan Izzy akan datang rumah aku, nak join mai leee :D mak saya masak amat sedap, tetapi tktaula kalau dia sempat masak ke tak, dia kadang-kadang balik lambat, entah kelas habis pukul berapa.
Lab report tak siap, memang mati aku. Kata nak berubah masuk University, tak tukar puun la kau ni Fahim, nak jadi apa. Aku nk mandi. Hot shower. 1 hour. Heaven!

The Rocket Summer - Cross My heart


I
need new shoes. And fast.

#12

Aku tak pernah rasa teruja untuk menulis entri baru, tetapi mungkin ini efek kebosanan melampau duduk dekat rumah. Aku tinjau luar tengok Mercs tidak digunakan bapak aku so mungkin lepas ni aku nak keluar, dan sedihnya alone sebab member semua jauh. How pathetic is that? Serious aku lagi rela stay je dekat Micet tu. Ye aku memang agak teruk jika menipu. Siapa dalam dunia ni yang sanggup stay dkt Micet tu? Tempat paling tkde life dalam dunia, boleh kalah pergi balik kampung. Atan je kot yang sanggup.
EH PANTAT LA BLOGSPOT AKU TAKNAK TULIS DALAM ITALIC, APAHAL TAKBOLEH NAK TULIS CAM BIASA. KAN HILANG MOOD AKU.

Wednesday, September 3, 2008

#11

First time aku masuk MCPA Hall, lagu Silly Lily oleh Bunkface sedang dimainkan. Lagu yang memang aku minat masa tu, memang timing aku perfect. Aku datang semata-mata untuk mosh bersama fellow giggers untuk kugiran paling digilakan ramai, Hujan. First time aku tau suasana gig macam mana, sebelum ni tengok dekat tv dengan video je. Baru aku tau mosh ni memenatkan dan agak sakit kalau kene siku kat muka/kaki daripada orang yang melompat kt atas crowd tapi it's all worth it. Berpeluh macam baru lepas keluar shower sejam, bau dalam dewan yang mengasyikkan, perempuan yang melompat-lompat memang satu permandangan yang best, menyanyi bersama-sama, tercekik dengan oksigen yang kekurangan dan seperti bola sepak, gig connects people. Macam Nokia punya tagline.
Mungkin ramai dah naik nyampah apabila budak indie semua nak up, memang perangai melayu pun. Contoh paling best, Hujan. Dipuja oleh remaja-remaja yang penuh dgn hormon liar, setiap kali mereka perform confirm full house tetapi sekarang? Kena fuck. Kenapa? Sebab orang melayu memang suka menjatuhkan benda yang mereka agung-agungkan mula-mula. Okay isu basi, aku takpayah nk berleter panjang kat sini.
Terdapat banyak band berbakat di sekitar Malaysia yang setanding dengan The Strokes, Blink 182 dan pelbagai. Aku rasa kalau kita tutup muzik antarabangsa, band seperti Hujan, Bittersweet, Couple memang sudah kaya dekat Malaysia. Muzik diorang memang appeal to the younger generation, mungkin juga kaum bapa yang masih perasan diorang masih lagi di era The Who, which is a great band btw.
Apa kurangnya kugiran kita dengan international act? Tak banyak, so let's support our local act!

Tuesday, September 2, 2008

#10

Mula-mula sekali aku nak cakap Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Cuba untuk puasa penuh, kecuali untuk yang datang bulan la kan, ingat, lelaki tiada haid.
Sekarang aku nak sentuh sikit pasal cara menulis. Aku paling nyampah dengan orang tulis besar kecik. Contoh : NaMa SaYa aLi. Teramat-amatlah menjengkelkan. Tolonglah jangan tulis mcm tu. Rasa macam nk sepak. Dan sekarang 0 telah mengganti o ke? Apahal ramai sangat tulis macam ni, contoh : c0nt0h. Apa Dewan Bahasa Pustaka dah tukar cara penulisan ke? Lagi satu, aku jd ak. Mana hilang u? Cuba korg pronounce ak, how silly does it sounds? Susah sangat ke nk tulis aku? Aku aku aku. Senang je, tak susah. Dan akhir sekali, noktah yang lebih daripada satu. Satu je cukup. Takpayah la nak banyak-banyak... Tak cool la weh. Cuba try buka Microsoft Word type macam tu, line warna green keluar kan? Itu maknanya tatabahasa yang salah.
Mesti ramai lepas ni label aku poyo atau bajet cool, tapi serious beb, memang cara menulis mcm tu teramat menjengkelkan aku. Mungkin culture shock bagi aku semenjak masuk IPTS, tkpe I'll live. Selamat berbuka puasa lagi 7 jam.

Bloc Party - Helicopter

Berbatov pindah Red Devils. Akhirnya.