Sunday, September 28, 2008

5 Kugiran Paling Aku Minat

Semua orang mesti mempunyai cita rasa dalam muzik. Tidak kira kalau kamu punk, hip hop, metal, indie dan pelbagai. Tidak kurang juga aku. Aku lebih menjurus kepada rock dan indie. Tapi aku tak berapa arif tentang genre yang lebih detail so aku akan tulis yang general sahaja. Mungkin ada yang berkongsi cita rasa dengan aku, mana lah tahu.

5.Paramore
Kugiran daripada Franklin, Tennessee ini ditubuhkan pada tahun 2004 dianggotai oleh Hayley Williams(lead vocals), Josh Farro (lead guitar), Jeremy Davis (bass), dan juga Zac Farro (drums). Satu-satunya band yang ada perempuan sebagai lead vocalist yang aku minat, dan juga sebab Haylie ni comel. Dia bukan macam Avril Lavigne yang teramat overrated. Lagu mereka Misery Business membuat aku jatuh kepada band ini selain Crushcrushcrush. Nama mereka adalah daripada perkataan paramour yang bermaksud secret lover.





4. Alkaline Trio
Kugiran punk rock daripada Chicago ini telah bermain muzik selama 12 tahun. Vocal Matt Skiba memang asyik. Lagu mereka sering diasaskan pasal cinta, alkohol, depression, dadah dan kematian. Aku mula dengar band ini masa tahun 2o06, di komputer pakcik aku. Aku terus hook dekat Mercy Me, Armageddon dan juga Time To Waste. Dan juga jika dilihat pada nama, mereka hanya ada 3 ahli, tidak lebih, tidak kurang tetapi member diorg sering ditukar kecuali Matt Skiba, seorang sahaja founding member yang masih kekal. Try dengan Mercy Me, confirm korg suka!









3. The Strokes
Kugiran dari New York ini yang pernah dianggap hero kepada Rock N Roll dianggotai Julian Casablancas, Nick Valensi, Albert Hammond Jr, Nikolai Frature dan Fabrizio Moretti. Diorang ni memang aku tabik spring. Serious best, aku rasa dalam laptop aku ni lagu diorg paling banyak, daripada pelbagai album. Percaya atau tidak, lead vocalist mereka, Julian Casablancas telah dihantar ke sekolah di Switzerland pada umur 13 untuk masalah menogak! Yep, umur 13. Kalau tengok dia nyanyi pun selalu macam stoned je, mata kantoi. Tapi semua kugiran macam tu, Malaysia pun sama je. Aku rekemen korg dengar Heart In A Cage, You Only Live Once, Last Night, Is This It dan juga Juicebox. Kalau korg tk suka, korang hanya dengar sifu M Nasir kot.




2. Arctic Monkeys
Kugiran daripada Sheffield, UK telah merevolusikan internet. Dikira sebagai kugiran pertama yang menggunakan internet untuk mengmarketkan lagu mereka. Ala macam Kate Voegele, Colbie Cailat, Marie Digby. Tanpa internet, siapakah mereka? Aku diintroduce kepada band ini oleh ex aku. Lagu "I Bet You Look Good On The Dancefloor". Tapi aku masih tak jatuh lagi pada band ini kerana malangnya, aku masih lagi seorang yang hanya mendenger 50 Cent, Eminem, Ludacris dll pada ketika itu. Hanya pada tahun 2006 aku tertarik pada band ini. Lagu Fake Tales of San Francisco menjadi ringtone aku selama setahun. Ditukar sebab ada member aku pakai ringtone sama, cibai. Selain itu, When The Sun Goes Down, Old Yellow Bricks dan Fluorescent Adolescent terus menarik minat aku terhadap band Indie daripada negara St George ni. Dengar rumours mereka akan datang ke Malaysia, ataupun Paramore. I am so there!


Okay so kita hampir sampai ke no 1. Tiada tempat untuk Fall Out Boy yang aku teramat gilakan semasa Sugar We're Going Down keluar, ataupun Bittersweet, band indie yang buat aku tkde suara setiap kali aku pergi gig. Tiada juga tempat untuk Mayday Parade, Matchbook Romance, Muse, Radiohead dan pelbagai. Siapa? Mungkin ada yang sudah jangka.


1. Hujan
Mungkin aku akan dilabel sebagai budak Indie. Sebab kugiran ni orang kata sudah overrated. Tetapi hakikatnya kugiran ni memang best. Ramai orang kata Fuck Hujan. Tapi bila pergi gig, nyanyi bersama juga. Hipokrit, biasalah. Tapi aku bukan nak berleter. Kugiran ini dianggotai Noh Saleh, AG Coco, Dimas dan juga Acer pada awalnya tetapi Dimas telah direplace Dugong dan juga Ully daripada Awanband dijadikan sub-guitarist. Mereka juga telah merevolusikan scene Indie di Malaysia. Nama mereka di flyers gig boleh menarik beribu peminat gig. Kugiran No 1 Malaysia. Tidak boleh dinafikan. Tapi aku tkdela sampai pakai baju diorang pergi gig atau berjalan di Plaza Alam Sentral. Koya. Orang pandang serong. Lagu "Meninggalkan Aku Sendiri" telah menarik aku. Dan pada masa itu, tiada seorang pun kawan aku yang kenal mereka dan juga mengutuk aku bila dengar diorg ni, sebab diorg nyanyi lagu Melayu. Aku bangga sikitlah sebab menjadi antara orang yang terawal hehehe. Lumrah manusia kan. Don't blame me.

Rindu MCPA pula.

No comments: