Pada hari Khamis, sewaktu melawat Plaza Low Yat, aku telah confront satu daripada minuman yang aku dah blacklistkan. Soya Bean. Tapi campur cincau ah.
Semalam BBQ telah diadakan di halaman swimming pool condo Boy, bajet macam pool party ah kan haha. Dapat ah jumpa balik rakan-rakan yang setahun jumpa 2,3 kali je. Ada yang sudah berisi dan agak kurang lah yang lose weight hehehehe. Cakap orang sheesh. Aku telah ditolak masuk ke swimming pool, heihh saba je. Takpe ada ubi ada batas, lain hari aku balas. Hehehe.
Lepas ni aku akan bergerak ke Sepang, tengok A1 live. Mampukah Fairuz mengambil podium? Adakan cukup hebat kereta dia, atau lagi penting, skil Fairuz? Wah suspen macam Hasbullah Awang je aku cakap.
Last but not least, sebijik kan!

No comments:
Post a Comment