Thursday, December 4, 2008

Show off

Aku perhatikan ramai orang di sekeliling aku yang suka berlagak. Kaya, pandai dan pelbagai. Tapi aku paling benci orang yang dalam golongan pertama. Tapi tak semua begitu, ada juga yang nampak macam budak duduk flat je (hehe) tapi duduk rumah yang dilengkapi dengan kolam renang, wayang dan kereta yang puratanya melebihi RM300,000. Yang berlagak kaya ni selalunya yang sebenarnya takdelah kaya mana, cuma tinggi sikit daripada sederhana. Ataupun tak kaya tapi spoiled brat. Aku taknak bagi nama disini nanti timbul kontroversi. Setakat kaya, muka jambu tapi belajar tak kemana baik takpayah. Menghabiskan duit mak bapak, nanti diorang dah mati, siapa nak jaga kau? End up kerja dekat McD. Kerja 2 tahun boleh naik jadi manager. Kot.

Yang pandai juga tidak terlepas. Ya, mungkin kamu pandai, otak bergeliga macam Hang Nadim tapi perangai macam anjing. Apa salahnya kalau orang minta tolong, kamu tolong? Jangan bersikap "tak apa". Obviously, Melayu. Kongsi ilmu, kamu juga dapat pahala. Memang aku tau, kamu bangga bila ramai orang bertanya, kamu terasa seperti kamu ni dewa. Memang aku tunggu hari kejatuhan kau, dan bila tiba masa tu memang aku nak gelakkan gila babi. Mungkin kamu dapat scholar belajar oversea, tapi tak bermakna kamu lagi bagus daripada our local graduate.

Yang bajet mukanya setanding Elisha Cuthbert ataupun Chuck Bass. Mengutuk semua orang yang mungkin muka hanya layak untuk masuk iklan jerawat untuk muka sebelum. Manala tau kamu disimbah asid, terbabit dalam kemalangan. Ingat, semua anugerah Allah, bukan kekal. Nanti kau bangun muka macam babi, baru kau rasa macam mana dapat muka yang mungkin tak seberapa. Baru kau dapat rasa perasaan orang yang kau kutuk, sengaja cakap kuat-kuat.

Kamu lagi suka orang nampak kamu tengah berdansa di kelab malam daripada nampak kamu sembahyang? Memang generasi kita teruk.

Aku tak kata aku dan Nana (dia nak juga -.- ) tak tergolong dalam mana-mana. (Nak elak daripada komen "bernas")

2 comments:

nana r said...

tulis situ, "aku dan nana" tak tergolong dalam mana-mana. =D

fahim said...

hahaha dia nak juga, done.