Sunday, October 12, 2008

Kehidupan di Micet

Aku nak kongsi sikit pengalaman duduk dekat tempat ni, setelah 3 bulan aku menetap di sini. Jikalau duduk di hostel, kamu perlukan kenderaan supaya ada hiburan sikit, kalau tak memanglah macam katak bawah tempurung, duduk jela tempat ni, setiap hari makan dekat kafe Pak Ya dan Pak Haji (Pak Ya jauh lagi bagus, pada pendapat aku lah). Jika ingin makan dekat tempat dekat dan murah, pergi ke satu tempat yang dipanggil railway, dipanggil begitu sebab dekat dengan landasan kereta api. Lebih kurang 5 minit jika naik motor atau kereta. Jika naik motor, jangan lah naik sorang-sorang lepas Maghrib sebab jalan hendak masuk Micet memang lah gelap dan amat menakutkan, silap-silap rasa berat dekat belakang, orang tua kata jangan tegur.
Tempat shopping paling dekat ialah Jaya Jusco di Ayer Keroh, kalau drive pun dalam 25 minit la kot. Tapi dekat situ memang takda apa yang menarik, Jusco Bukit Raja pun lagi best. So kebanyakan akan berpaling ke Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade, dimana kedai tipikal seperti F.O.S, Seed, Padini boleh ditemui, tetapi malangnya tiada Topshop/Topman. Kamu boleh pergi sini dengan menaiki bas Mara 2 jam sekali, dan tambang keseluruhan jika pergi balik adalah lebih kurang RM10. Bas terakhir pukul 7 malam. Baik sewa kereta je, serious. Bayar lebih sedikit tapi takpayah berjalan dan bila-bila masa boleh balik.
Jika inginkan hiburan malam, singgah la ke gerai dekat dengan A'Famosa Resort, dimana ada disediakan khidmat shisha (mahal sikit dari K.L.), dan juga pentas untuk kamu menunjukkan kebolehan menyanyi kamu. Macam pantat.
Kamu boleh bandingkan duduk Micet dengan duduk dekat Hutan belantara Amazon.

2 comments:

muhammad fakhri said...

bro,mmg 1st class la blog ko..
respect ar..

fahim said...

haha thnks *bangga