Okay, so ada topik menarik daripada Group dekat Friendster aku yang menarik perhatian aku, dimulakan oleh nana tentang bitch, macam mana tafsiran dia? Aku pun tak berapa nak arif tapi aku nak huraikan sikit dekat sini.
Kalau kamu berasal dari Lembah Klang, bitch ni ialah seorang perempuan yang sudah berkali-kali berzina dengan lelaki, selalunya lebih daripada satu. Tetapi kalau ikut sekarang ni, aku rasa sudah banyak yang boleh di-label sebegitu. Kalau tengok sekolah, hampir setiap sekolah mesti ada satu. Ada kes sekolah menengah agama dekat Perlis, ada yang mengandung. So jangan cakap budak sekolah agama tu semua alim-alim belaka. Buto! Tau tak negeri mana paling banyak layar web porno? Kelantan. Tak silap aku baca dekat The Star awal tahun ni.
Tetapi jika dilihat di Universiti aku yang kecil dan semua orang akan kenal semua orang, bitch ni mempunyai huraian lain. Disebabkan tidak ada orang akan tahu jika seseorang itu sudah pun melakukannya, seseorang akan dilabel bitch dengan cara dia berpakaian, bergaul, perangai dan cara bercakap. Mentang-mentang tidak pakai tudung, orang label. So stupid that it's amazing. Tengok dia ramai kawan lelaki sudah hendak label, sebenarnya lelaki yang ingin mendekati dia sebab dia lawa kot? Dan aku ambil contoh daripada topik tu, "hmph nmpk alim tapi gelak macam setan". Dah kena label. Mentaliti kampung, terus orang menyampah. So close-minded-lah you people.
Aku nak keluar! Bosan sial Micet ni!
No comments:
Post a Comment