Tuesday, December 30, 2008

Myspace

Aku notis sejak kebelakangan ni, banyak betul yang add aku, di mana kalau buka Friend Request tu, keluar 3 orang yang masanya hampir sama. Bukan nak cakap aku ni popular, tapi aku menyampah(aww). Dengan nama yang "cool" seperti *#PwInCeSs|||~ dan juga gambar yang diambil daripada atas menampakkan lurah dada yang baru sahaja hendak membengkak dan boleh dikatakan muka pecah. Dan headline mereka adalah lirik yang diambil daripada lagu rock kapak yang sering mereka karaokekan di Uptown. Aku rasa sekarang ni dah banyak budak yang kurang urban sudah memiliki akses ke Internet, maka sekarang banyak budak hingusan mempunyai Myspace/Facebook/Friendster/Kawanster/Myrakan/Fwenster dan pelbagai. Suka add lelaki yang agak rupawan dan tampak cool. Hahaha.
Dan bagi sesiapa yang smoke dan juga mempunyai kenalan yang smoke, try this site.

2 comments:

misteri said...

Suka add lelaki yang agak rupawan dan tampak cool.

TAMPAK?? hahaha

RahaizaRoslan said...

HAHA! pwincess? eh! geli tau!