Sunday, October 26, 2008

Aku menyampah orang tulis huhu

Selesai sudah rumah terbuka aku semalam. Seperti yang dijangka, rumah aku sesak macam bila MRR2 retak (salah siapa?). Maaf kepada sesiapa yang tidak diajak, fikir-fikirkan lah salah kamu dekat aku sampai tak diajak. Acah mat enon. Jangan ambil hati, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Esok Deepavali, sesiapa pergi ke Batu Caves tak? Tengok berhala emas besar tu. Aku taula, aku habiskan zaman pra-sekolah dekat situ.
Sebelum aku berlepas ke Shah Alam, Abe Fahmi telah mengirim beberapa barang kepada aku. Agak beratlah permintaannya. Aku settlekan benda yang paling senang dulu, cooler pad untuk laptop. Sebelum melangkah masuk kedai Speedy untuk beli barang kedua, aku toleh kiri dan kanan. Takut ada sesiapa yang mengenali aku dapat kecam aku. Okay, line clear. Aku pergi dekat rak genre tersebut. Selak punya selak, 2 minit rasa macam 2 jam. Chikaro pakai baju von dutch beli dekat Petaling Street dengan Levi's cikang toleh dekat aku, mata terbeliak, biar betul mamat ni. Aku masih membelek. Takkan takde kot? Aku tanya kakak kaunter.


"Kak, Kal Hoo Na Hoo takde ke?" aku tanya seakan berbisik.

"Oh kalau tkde dekat situ, tkdela maknanya" suaranya lantang. Mukanya bosan, menunggu waktu rehat.

Aku terus beredar jauh dari situ.

1 comment:

muhammad fakhri said...

kenape ko menyampah orang tulis huhu ek..?aku muskil la..huhu