Tuesday, March 15, 2011

Tadika Amal

Sebelum berpindah ke Shah Alam, aku menetap di Kg. Nakhoda, Selayang dan telah belaja di Tadika Amal. Dekat situ, aku belajar jadi Imam, sebab setiap pagi akan ada solat sunat (tak silap aku). Jarak rumah aku ke Tadika Amal adalah dalam 2 km. Ada Tadika Kemas yang lebih berdekatan, tapi mak aku taknak hantar pergi situ. Kenderaan aku? Basikal yang dibawa oleh mak aku, aku duduk belakang. Setiap pagi ketika menghantar aku ke tadika, mak aku akan beli kuih bagi aku buat bekal. Pernah selipar aku terjatuh ketika pertengahan jalan tapi aku senyap sahaja. Mak aku tersedar apabila sudah sampai ke tadika tersebut, lalu dia pun patah balik mengambil.
Adik-adik aku tak pernah merasa mak aku bawa naik basikal, masa tu bapa aku dah beli Proton Wira dan Perodua Kancil untuk memudahkan mak aku pergi kerja sebagai cikgu (ketika itu), maka aku selalu berlagak akan hal ini kepada mereka. (Mama tak pernah hantar korang pergi sekolah naik basikal).
Aku sangat terhutang budi dengan mak aku, dan aku berazam akan membuatkan dia bangga. Terima kasih Mama, Prof. Dr. Raja Noriza bt Raja Ariffin. :)

3 comments:

Nadirah said...

I plak Abah yang bawak beskal g tadika..^^

fahim said...

aw, they would do anything for us kan? idk, this period feel significant to me as we're now quite stable financially, hehe lawak la naik basikal pg tadika.

Nadirah said...

agak2 if we have childrens in the future kita anta dorunk g tadika dgn ape lah..xD