Thursday, March 31, 2011

Heh

Now, everything you do affects me. It's been a long time since I felt like this.

Monday, March 28, 2011

Bomberman

Sedang aku duduk di KL Sentral menunggu LRT, aku pakai earphone main Bomberman sambil lagu Elements of Life berkumandang. Aku tengok jadual LRT, 4 minit lagi sebelum ianya tiba.


________________________________________________________


Aku jenguk ke atas, LRT telah tiba dan pintu telah tertutup. Celaka punya earphone!

Sunday, March 27, 2011

Chyeah

Do not take me for granted. There is a limit to my enormous kindness.

Monday, March 21, 2011

Tuesday, March 15, 2011

Tadika Amal

Sebelum berpindah ke Shah Alam, aku menetap di Kg. Nakhoda, Selayang dan telah belaja di Tadika Amal. Dekat situ, aku belajar jadi Imam, sebab setiap pagi akan ada solat sunat (tak silap aku). Jarak rumah aku ke Tadika Amal adalah dalam 2 km. Ada Tadika Kemas yang lebih berdekatan, tapi mak aku taknak hantar pergi situ. Kenderaan aku? Basikal yang dibawa oleh mak aku, aku duduk belakang. Setiap pagi ketika menghantar aku ke tadika, mak aku akan beli kuih bagi aku buat bekal. Pernah selipar aku terjatuh ketika pertengahan jalan tapi aku senyap sahaja. Mak aku tersedar apabila sudah sampai ke tadika tersebut, lalu dia pun patah balik mengambil.
Adik-adik aku tak pernah merasa mak aku bawa naik basikal, masa tu bapa aku dah beli Proton Wira dan Perodua Kancil untuk memudahkan mak aku pergi kerja sebagai cikgu (ketika itu), maka aku selalu berlagak akan hal ini kepada mereka. (Mama tak pernah hantar korang pergi sekolah naik basikal).
Aku sangat terhutang budi dengan mak aku, dan aku berazam akan membuatkan dia bangga. Terima kasih Mama, Prof. Dr. Raja Noriza bt Raja Ariffin. :)

Saturday, March 12, 2011

Malapetaka

Kereta saya tayar kena masuk paku, tayar spare takboleh nk cabut sebab ada nut no 4 tapi nut tayar sebenarnya 6, kot. Dahlah esok kena pergi Balok untuk aktiviti, doakan saya untuk tuah kembali ke pihak saya.

Fakta Rawak #2

Saya ni gagap sedikit. Saya tak malu nak mengakuinya. :)

Thursday, March 10, 2011

What's your addiction?


"Why everything that's supposed to be bad make me feel so good?"


My current addiction.

Oh and sorry sbb lama tak update menggunakan penulisan :)

Wednesday, March 9, 2011

Let's look at the facts here

Facebook asked me what's on my mind, Twitter asked me what's happening and FourSquare asked where I am.


Say hi to Internet, my girlfriend.

Perhaps

You are the light at the end of the tunnel I've been waiting for.

Who I'd Like To Meet

(put a hot celebrity name)/&(your other half)/&(your friend(s))/&(family)/&(You!)

Currently addicted to


"So long, my friend
And adversary.

Oh I'll wait for you."

Monday, March 7, 2011

#200

What doesn't kill you, make you stronger.

Alas, rise up and shine! Do not look back, do not let it drag you down. Remember this, we were alone, but we got through it, with scars no doubt. But now, we are stronger than ever.

Sunday, March 6, 2011

I'm heading home, I'm on my way

Kanye West, hands down, is my fave artist. He always have controversy shrouding him,
but it never affect the quality of his work.

Friday, March 4, 2011

150, 000, 000

Saya kenal sayang saya. *blush*

HAHAHAHA COMEL!

Wednesday, March 2, 2011

Asap

Aku mula-mula cuba tu, umur 14 tahun dan berada di Malaysia sebab cuti musim panas. Saudara-saudara yang sering memaksa akhirnya berjaya setelah mencuba daripada aku darjah 5. Kira lama juga la aku bertahan. Diorang pergi hisap shisha pun aku hanya tengok je. Mula-mula tu, tak keluar asap pun. Fikir balik, pelik la. Tapi bila keluar, terus cakap kat diorang:

"Tak sedap langsung. Apa yang korang suka sangat dekat rokok ni ha?"

Diorang tak mampu memberi jawapan yang munasabah. Kemudian aku balik ke Nottingham dan melupakan segalanya tentang perosak paru-paru tu. Tak pernah terlintas pun nak hisap.

Kemudian balik ke Malaysia pada tahun 2006, ketika itu Tingkatan 4. Sepanjang tahun, tak pernah sentuh walaupun dikelilingi perokok. Memang tak makan paksaan diorang dah kali ni.

2007, mula berjinak-jinak. Tapi hanya secara sosial. Kira kalau lepak ramai-ramai, diorang pun hisap rokok, aku tumpang sekali. Tapi hanya bermain asap. Selalu kena marah:

"Baik takpayah hisap, membazir je"

Aku hanya mampu bersabar. Dan ketika selepas SPM, aku masih lagi sosial. Favourite time tu Sampoerna, kalau member ada beli memang terus pow tak banyak cakap. Penyudahnya ketika Arip melancong ke Langkawi, suruh dia beli satu karton untuk aku.

Masuk pula ke UniKL bersama bekalan satu karton. Duduk di Melaka, tension, tkde benda atau aktiviti nak buat. Kemudian bermulalah episod di mana ada masa-masa yang wajib untuk hisap rokok seperti selepas makan, tengah lepak dan melabur bisnes besar (berak). Dan pada tahun 2008, aku secara rasminya menjadi perokok tegar dan beralih kepada Dunhill, dimana aku telah menghabiskan sehari sekotak sehinggalah ke hari ini.

Sekarang, aku nak berhenti. Disiplin harus kuat. Aku tengok ada kawan-kawan aku yang menggeletar dan terus demam kalau tak hisap 2 hari. Aku pula hanya akan mengalami bad mood dan badan tak selesa. Bolehkan aku berhenti?