Saturday, February 19, 2011

Semasa

Duduk di depan laptop sambil Kent di tangan, lagu Gorgeous oleh Kanye West bersama Kid Cudi berkumandang. Hidup harus diteruskan.
Ingin bergerak ke Melaka untuk melawat Rashdan yang terlibat dalam kemalangan akan tetapi dia akan dimigrasikan ke hospital di Kelantan. Aku harap kau tabah dengan ujian Allah s.w.t. dan harapkan yang terbaik. Insyallah kalau ada masa akan aku pergi Kelantan. Kau merupakan kawan yang baik walaupun sedikit menjengkelkan dan kurang matang. Friends, please keep me updated on his condition.
Aku akan sentiasa ada di sisi kau, aku berjanji. Mungkin kau akan mengambil masa untuk berjalan semula, tapi ingat, kawan-kawan kau akan menyokong kau. Kami semua sayang kau.

No comments: