Monday, September 20, 2010

Jarang menulis

Penulis-penulis otai pun sudah memilih jalan yang sama. Mereka tidak lagi unik. Cara penulisan yang hampir sama serta cara pemikiran yang lebih kurang sahaja cuma dengan ekspresi yang kurang. Aku pernah cakap, kita ini generasi Melayu Minimalis, Ahmad Kamal Abu Bakar, Lucius Maximus dan John Hafiz. Ianya secara tidak langsung memberi inspirasi kepada orang biasa seperti aku untuk menulis dan melihat cara mereka mengekspresikan apa yang terkandung diotak. Tetapi, cara ini telah dieksploit dengan meluas. Kumpulan penulis ini tidak lagi unik. Belog <- (nampak tak pengaruh blogger terkenal?) sudah dikomersialkan. Banyak blogger yang telah naik mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Aku menulis sebab aku suka, untuk meluahkan apa yang terbuku, berkongsi pendapat. Aku dah tak nampak masa depan belog aku ni.

Lagi 5 tahun aku akan baca kembali penulisan aku dan gelak terhadap diri yang naif menulis.

2 comments:

masshie mastura said...

hehe kelakar.
do write more:P

~fiM-uNdefiNed~ said...

betul2...
penulis sekarang sume style menulis same pattern jerk..xder innovatif langsung..hahaha>>>lebey2 pulak yer..