Friday, December 26, 2008

Aquaria

Aku rasa dalam sebulan ni, aku dah pergi KLCC lagi banyak daripada aku pernah pergi seumur hidup. Dan tidak pernah aku terasa nak pergi KLCC pun sebelum ni, rasa macam tempat budak-budak KL yang poyo ahahaha no offence KLites. Tak bermaksud korang, tapi yang ada nama geng kat belakang tu, bajet ah. Janda's la, Lazara la, koya blana mu ni.
Anyway, pada hari Selasa aku pergi melawat Aquaria KLCC dan kali terakhir aku tengok pameran ikan ialah di Langkawi Under Waterworld pada tahun 2001 (7 years went so fast, besar dah aku skrg haha).
Aku tak amik gambar memandangkan aku tak bawa kamera dan juga kerana lighting yang agak gelap maka aku tak boleh nak ambil gambar dengan kamera phone saya yang hanya 2.0 megapixel dan juga berusia 2 tahun. Tunggu saya(eh tadi aku?) dapat duit Mara saya akan beli phone baru ye. Yang James Bond punya. Macam cool dan canggih, tapi gambar dia tak lawa masa malam disebabkan flash yang tak berapa terang. Eh ni bukan review phone. Maka belilah series K yang baru okay. Walaupun agak buncit. Eh ni bukan review phone, sekali lagi.

ZOMG that's a huge turtle. Boleh naik untuk 50 sen. Serious tak tipu.

Feeding timeSaudara dia yang bertanggungjawab bunuh orang Australia yang popular pakai seluar khaki.


Aku rasa aku takkan menjejak kaki ke sini kalau tidak diajak. Overall, okay la tu (pinjam ayat kakak Siti. Tak aku tak tengok AF)

Thanks Nana and her mum and her sisters and her cousin sebab mengajak saya haha.

Okay you sebijik macam yr mum dalam ni Nana hahaha