Friday, October 3, 2008
Raya
Hari Raya kembali, setahun sekali. Aku rasa Raya tahun lepas macam semalam sahaja, masih lagi terpahat kat minda aku ni. Tahun ni, aku tak ada mood nak sambut. Aku sendiri taktau kenapa. Mungkin sebab aku sedang melalui fasa baru dalam hidup aku. Dulu aku akan menghabiskan berpuluh ringgit untuk beli mercun, sekarang jangan harap aku nak beli, inikan main. Buat meriam pun tidak mahu. Dan juga sudah tidak kisah jikalau dapat duit raya ataupun tidak (kecuali daripada saudara terdekat-lah). Aku semakin tua, semakin dekat dengan akhir remaja. Sudah mahu masuk alam dewasa. Apa agaknya rasa bila umur mencecah 20 tahun? Sudah tidak ada numero uno dihadapan ketika menulis umur. Kenapa aku risau sangat ni? Aku akan bertolak ke Kampung Nakhoda, Batu Caves lepas ni, menemani nenek aku, dia suruh aku drive.
Don't feel like this, she's not even yours to begin with.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment