Monday, October 6, 2008

Air memang sangat berharga

Tempat macibai ni masih tiada air. Aku terpaksa berjalan jauh pergi ke kampus untuk mandi, di tandas perempuan. Tandas lelaki kotor, walaupun ada air. Jangan risau, aku tak kotorkan bilik air kamu, aku ni hygienic. Memang ramai manusia yang membawa tuala berjalan-jalan, bermakna mereka ingin pergi mandi ataupun baru sahaja lepas mandi. Tandas dekat asrama bau macam tempat pelupusan sampah, lagi teruk mungkin. Aku lalu sahaja sudah mau muntah, kamu bayangkan jela.
Hari ini bermula chill je, ada dictionary test untuk English. Senang je pun. Lemak bak kata En Hadi, bukan kacang. Aku pun tak faham, gelak je. Lepas tu tkde kelas, maka gunakan masa untuk siapkan segala assignment yang ketinggalan, yang diberi masa 2 bulan untuk disiapkan tapi hanya bermula pada hari yang harus dihantar. Mentaliti memang lemah.
This place is getting on my nerve!

2 comments:

Huzai Mansor said...

haha. Micet tiada air? nasib baik aku tinggal di A'famosa.


Mandi swimming pool jom! :)




btw, myspace aku myspace.com/japanism_huzai , tapi aku rasa micet memang tak boleh buka myspace. Macibai....!!!

fahim said...

haha nasib baik dah ada air dekat sini, kalau tak aku bakar micet ni hehe.
myspace boleh buka dkt micet :)