Monday, June 23, 2008

#2

Hidup lepas SPM ni memang betul-betul bosan. Tkde life bak kata orang sekarang. Lagi 2 minggu aku bakal melanjutkan study di UniKL, Melaka. Ye UniKL tp dekat Melaka. Aku akan mengambil kursus Chemical Engineering in Process. Minyak beb. Memandangkan harga pun sudah RM2.70 maka aku nak berkhidmat untuk menghasilkan alternatif lain. Cita-cita mesti ada yo dak ? Member-member yang bakal masuk ke UiTM bakal pergi Jumaat ni, memang nanti aku bakal sunyi untuk satu minggu. Ah the thought of university. Aku pun tktau dah ready ke tak, 7 bulan aku bercuti, boleh dikatakan 8. Langsung tk kerja, bukan tk cari, tapi rezeki tkde. 

Hari ni menyangap lagi dekat rumah, aku rimas dengan rambut aku, panjang. Patut dipotong anytime soon. Rabu plan ada piknik di tasik belakang mahkamah Shah Alam, kalau mau datang, sila, buat je muka tebal. Aku pun tkdela look forward sangat, tapi sebab lepas ni mungkin lagi 3 tahun baru jumpa kan, pergi jela. 

Ha KLPac jom Jumaat ni !

Alkaline Trio - Burn 

#1

Euro 2008 banyak mengecewakan aku. Memang tepat kata pakcik aku, Netherlands peak awal sangat, kan dah kene knock-out dgn Russia. Arshavin memang tidak boleh dinafikan hebat, aku akan gembira jika si tua kaparat Fergie membeli dia untuk menggantikan Cristiano Ronaldo. Tetapi tidak ada berita mengatakan Fergia berminat terhadap Arshavin. 

Malam semalam aku bermain badminton bersama brodo-brodo, aku dengan Naim menjadi King dengan agak lama sehingga bosan. Kami berhenti untuk melihat El Nino beraksi di Khulafa Bistro Seksyen 7, dan match berikut agak bosan lah sebenarnya, Fabregas menyumbat masuk penalti penentuan. Russia to win Euro 2008 anyone ?