Wednesday, March 2, 2011

Asap

Aku mula-mula cuba tu, umur 14 tahun dan berada di Malaysia sebab cuti musim panas. Saudara-saudara yang sering memaksa akhirnya berjaya setelah mencuba daripada aku darjah 5. Kira lama juga la aku bertahan. Diorang pergi hisap shisha pun aku hanya tengok je. Mula-mula tu, tak keluar asap pun. Fikir balik, pelik la. Tapi bila keluar, terus cakap kat diorang:

"Tak sedap langsung. Apa yang korang suka sangat dekat rokok ni ha?"

Diorang tak mampu memberi jawapan yang munasabah. Kemudian aku balik ke Nottingham dan melupakan segalanya tentang perosak paru-paru tu. Tak pernah terlintas pun nak hisap.

Kemudian balik ke Malaysia pada tahun 2006, ketika itu Tingkatan 4. Sepanjang tahun, tak pernah sentuh walaupun dikelilingi perokok. Memang tak makan paksaan diorang dah kali ni.

2007, mula berjinak-jinak. Tapi hanya secara sosial. Kira kalau lepak ramai-ramai, diorang pun hisap rokok, aku tumpang sekali. Tapi hanya bermain asap. Selalu kena marah:

"Baik takpayah hisap, membazir je"

Aku hanya mampu bersabar. Dan ketika selepas SPM, aku masih lagi sosial. Favourite time tu Sampoerna, kalau member ada beli memang terus pow tak banyak cakap. Penyudahnya ketika Arip melancong ke Langkawi, suruh dia beli satu karton untuk aku.

Masuk pula ke UniKL bersama bekalan satu karton. Duduk di Melaka, tension, tkde benda atau aktiviti nak buat. Kemudian bermulalah episod di mana ada masa-masa yang wajib untuk hisap rokok seperti selepas makan, tengah lepak dan melabur bisnes besar (berak). Dan pada tahun 2008, aku secara rasminya menjadi perokok tegar dan beralih kepada Dunhill, dimana aku telah menghabiskan sehari sekotak sehinggalah ke hari ini.

Sekarang, aku nak berhenti. Disiplin harus kuat. Aku tengok ada kawan-kawan aku yang menggeletar dan terus demam kalau tak hisap 2 hari. Aku pula hanya akan mengalami bad mood dan badan tak selesa. Bolehkan aku berhenti?

3 comments:

Cik Elle said...

Good luck :)

fahim said...

oh thank you :)

coki-coki said...

boleh, kuatkn smgt.. skrg hisp lg tk???