Saturday, September 27, 2008

#32


Hari ni merupakan hari yang agak memenatkan dan akan disambung lagi dengan bermain futsal pukul 12 sekejap lagi dekat Subang. Nak jadi fit balik. Bulan puasa ni badan naik, tapi masih lagi kacak, jangan risau. Pukul 5.15 pagi mak aku call, tanya dah balik belum. Padahal aku dalam bilik tengah tidur, nasib baik sempat sahur. Kalau tak kempunan aku petang tadi kelaparan. Dan seperti yang dirancang, telah gerak ke One Utama untuk shopping dan aku tidak membeli apa-apa sebab tiada apa yang menarik, untuk aku. Dan juga kesempitan duit. Berbuka di rumah saudara di Seksyen 8 harini, agk meriah tapi aku penat so lepas buka aku terus tidur, bilik dia sejuk pula tu memang silap besar. Kawan aku dah tunggu dkt luar, chw!

#31

Aku tak sampai sehari lagi sampai Shah Alam dah start lepak macam dulu. Semalam lepas buka, pergi tarawikh dengan Sam dan Am. Ye aku pergi surau sahaja. Lepastu kami pergi shisha dekat Ali Corner dengan Naim, Arip, Afiq, Omar, Paan, Akir. Tengah terbang-terbang macam tu, Arip ajak main futsal. Memang tkdehal la. Main pkul 1 pagi. Memang aku berkarat main, berapa bulan tak sentuh bola. Sekarang belakang aku sakit sebab terlanggar orang. Babi betul, tak selesa sial.

Hari ni mau pergi OU dengan brodo. Mau ikut?

Friday, September 26, 2008

#30

Rumah manis rumah (home sweet home?) akhirnya. Sejam je naik kereta (maintain 140kph+) lepas tu cuak bila nampak Polis pegang camera haha. Market sikit dekat Micet bila Airil sampai, suruh buka tingkap pakai shade. Stop dekat tmpt park guard (yang mengambil masa untuk mengangkat palang), ramai tengah tunggu bas, pergh mencapap gila babi ah.
Ramai dah message ajak berbuka. Tinggal berapa hari je Ramadhan, schedule buka busy. Isnin baru dapat nak buka dengan brodo. Orang gaji aku dah berhenti, pinjam nenek aku punya skjp. Memang merana la adik-beradik aku ni. Tapi dah biasa dah pun, duduk UK 4 tahun mana ada orang gaji, pandai-pandai hidup la.
Kamu balik kampung bila?

Thursday, September 25, 2008

#29

Disebabkan komplikasi yang dialami Airil, aku perlu tinggal untuk lagi satu malam dekat Micet ni. Nasib baik Joe dengan Sam pun balik esok, kalau tak merempat la aku. Heih. Ramai brodo-brodo sudah sampai dekat rumah, aku dengan Airil je yang belum balik.
Harini aku bangun awal sebab ada tutor Kimia, dimana tak belajar mana pun sebab Mdm. Noraini perasan yang kelas aku semua tak semangat je, so kami bual-bual kosong sahaja. Petang ada kuiz Maths dengan lecture Engineering Graphics (dimana aku ponteng). Section lain kebanyakan dah takda kelas dah, sial betul.
Lagi 10 minit berbuka, Selamat Berbuka Puasa :)

Wednesday, September 24, 2008

#28

Aku baru je habis "bergayut" dengan Airil. Ada kemungkinan besar aku akan balik dengan dia esok dan aku memang amat mengharap boleh balik esok. Ramai je yang balik esok nanti aku takde life pula untuk satu malam. Malam ni sepatutnya pergi overnight dengan budak Section aku, pergi Pantai Puteri/Klebang. Tetapi malangnya kereta yang aku nak sewa mengalami eksiden. Masa parking *sigh. Heih siapa la yang buat, menyusahkan aku je.

Aku perlukan girlfriend. Sesiapa sudi?