Tuesday, January 11, 2011

Tidur yang terganggu

9:08 a.m. tertera di kaca telefon. Mata memberi jalan untuk ke arah alam mimpi...

Aku sekarang berada di Bandar Zarafomen yang terletak di barat daya negara Kaujizz. Aku berjalan ke beranda, awan gelap memberi petanda baju yang disidai harus diangkat. Matahari malu-malu untuk menonjolkan diri. Burung helang didapati sedang terbang dengan bentuk bulat, mencari mangsa agaknya. Aku lihat bawah, aku tersenyum. Dia dah sampai.

Dia merupakan teman wanita aku. Rambut panjang mengurai berwarna perang yang berkilau tatkala terkena cahaya matahari, mata berwarna hijau yang memukau serta memiliki tubuh badan yang mampu membuat semua lelaki tergamam dan mungkin sesetengah wanita. Nama beliau? Siti Halimaton. Tapi dipanggil manja dengan Eton.

Aku turun ke bawah, buka pintu dan menerima pelukan daripada Eton. Bau lembut seakan epal dicampur dengan sitrus menusuk hidung, mengghairahkan. Kemudian bau pisang goreng memasuki nostril. Dia memang tau aku suka pisang goreng, sebab itu aku sayang akan Eton, lagi mengghairahkan.

Bersambung..

Monday, January 10, 2011

Cuti yang amat menyeronokkan

Tajuk macam Hanis Zalikha yang buat.

Monday, November 1, 2010

Heih

Sejuk sial. Masa untuk tidur.

Hey there beautiful, mind if I slip in?

Monday, September 20, 2010

Nasi Kandar Line Clear

Hari Jumaat yang lepas, aku mengidam nasi kandar Line Clear di Penang, begitu juga brodo-brodo seangkatan. Penyudahnya, pergi Penang balik hari dari Shah Alam! Sempat singgah Kuil Kek Lok Si yang menempatkan Budha yang tinggi gila!
































Roadtrip, the best way to express your "remaja"ness!

Jarang menulis

Penulis-penulis otai pun sudah memilih jalan yang sama. Mereka tidak lagi unik. Cara penulisan yang hampir sama serta cara pemikiran yang lebih kurang sahaja cuma dengan ekspresi yang kurang. Aku pernah cakap, kita ini generasi Melayu Minimalis, Ahmad Kamal Abu Bakar, Lucius Maximus dan John Hafiz. Ianya secara tidak langsung memberi inspirasi kepada orang biasa seperti aku untuk menulis dan melihat cara mereka mengekspresikan apa yang terkandung diotak. Tetapi, cara ini telah dieksploit dengan meluas. Kumpulan penulis ini tidak lagi unik. Belog <- (nampak tak pengaruh blogger terkenal?) sudah dikomersialkan. Banyak blogger yang telah naik mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Aku menulis sebab aku suka, untuk meluahkan apa yang terbuku, berkongsi pendapat. Aku dah tak nampak masa depan belog aku ni.

Lagi 5 tahun aku akan baca kembali penulisan aku dan gelak terhadap diri yang naif menulis.