Lagi 5 tahun aku akan baca kembali penulisan aku dan gelak terhadap diri yang naif menulis.
Monday, September 20, 2010
Jarang menulis
Penulis-penulis otai pun sudah memilih jalan yang sama. Mereka tidak lagi unik. Cara penulisan yang hampir sama serta cara pemikiran yang lebih kurang sahaja cuma dengan ekspresi yang kurang. Aku pernah cakap, kita ini generasi Melayu Minimalis, Ahmad Kamal Abu Bakar, Lucius Maximus dan John Hafiz. Ianya secara tidak langsung memberi inspirasi kepada orang biasa seperti aku untuk menulis dan melihat cara mereka mengekspresikan apa yang terkandung diotak. Tetapi, cara ini telah dieksploit dengan meluas. Kumpulan penulis ini tidak lagi unik. Belog <- (nampak tak pengaruh blogger terkenal?) sudah dikomersialkan. Banyak blogger yang telah naik mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Aku menulis sebab aku suka, untuk meluahkan apa yang terbuku, berkongsi pendapat. Aku dah tak nampak masa depan belog aku ni.
Thursday, August 19, 2010
Ikat syaitan
Sudah 9 hari berpuasa dan aku masih lagi bertahan, masih tiada lagi hari yang kenyang di tengah hari ataupun mandi wajib di siang hari.
Saturday, May 15, 2010
Budak Lembah Klang
Memang banyak anggap mereka cool. Lagi-lagi budak sekolah dan mereka yang selepas sekolah tidak keluar daripada kawasan Lembah Klang. Tiada kejutan budaya untuk mereka alami. Mungkin jumpa budak pantai timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang), diorg akan resah dan rasa budak-budak ni selekeh yang teramat. Gaya baju yang tahpape, gaya cakap yang ish rasa macam buruk je, tkboleh ke standard Bahasa Melayu je? Dan juga streotaip bahawa budak-budak Pantai Timur alim belaka memang akan terus hancur, boleh dikatakan secara sosial mereka lagi liar.
Tapi, tak kenal maka tak cinta kan. Dalam masa yang singkat, who knows, you'll be the best of friends.
Monday, March 8, 2010
Rimas
Aku mula rimas dengan kau. Ya, kau. Kalau aku tak balas msg kau, faham-faham jela. Tkpyh la nk msg 7,8 kali tnya kenapa tak balas. Tkpyh la nk call. Lpstu tnya knp tk angkat. Kau takkan tak boleh buat kesimpulan sendiri kan?
Aku tak berminat.
Subscribe to:
Posts (Atom)