Wednesday, October 8, 2008

#42

Okay so aku tiada idea untuk tajuk, heih. Lagi 8 minit kelas bermula, bersama Pang Laushe (macam tu ke eja?) tapi aku masih boleh chill tulis blog. Bosan, rasa macam nak ponteng tapi fikir kredit sahaja. Dulu lepas habis SPM, tak sabar-sabar nak masuk U. Sekarang, hampas. Biasalah, lumrah manusia.
Raya ni, rasa setiap minggu nak balik rumah, tapi nanti banyak sangat guna duit so terpaksa di-limitkan.
Lagi 2 minggu, kita jumpa di Bukit Jalil allright?

Tuesday, October 7, 2008

Fakta Rawak #1

Aku nak mulakan fakta rawak tentang aku, bermula hari ini, supaya kamu boleh kenal aku dengan lebih dekat. Eceh macam kamu mahu pun, aku peduli apa.

Aku pernah duduk di Nottingham, England untuk 3 tahun daripada 2003-2006 kerana mengikuti mak bapak melanjutkan pelajaran ke tahap Ph.D. Ye aku anak kepada Doktor.

Monday, October 6, 2008

Air memang sangat berharga

Tempat macibai ni masih tiada air. Aku terpaksa berjalan jauh pergi ke kampus untuk mandi, di tandas perempuan. Tandas lelaki kotor, walaupun ada air. Jangan risau, aku tak kotorkan bilik air kamu, aku ni hygienic. Memang ramai manusia yang membawa tuala berjalan-jalan, bermakna mereka ingin pergi mandi ataupun baru sahaja lepas mandi. Tandas dekat asrama bau macam tempat pelupusan sampah, lagi teruk mungkin. Aku lalu sahaja sudah mau muntah, kamu bayangkan jela.
Hari ini bermula chill je, ada dictionary test untuk English. Senang je pun. Lemak bak kata En Hadi, bukan kacang. Aku pun tak faham, gelak je. Lepas tu tkde kelas, maka gunakan masa untuk siapkan segala assignment yang ketinggalan, yang diberi masa 2 bulan untuk disiapkan tapi hanya bermula pada hari yang harus dihantar. Mentaliti memang lemah.
This place is getting on my nerve!

Kembali

Sampai sudah aku ke tempat aku sambung belajar, Micet. Babi. Satu perkataan haiwan tu menggambarkan segalanya. Dahla air tkde, bekalan dekat tangki pun dah habis, memang esok lalat berkeliaran dekat tempat ni. To make matter worse, eletrik macam Chipsmore. Sekejap ada, sekejap tiada. Maka babi adalah perkataan yang sempurna untuk menggambarkan tempat ni.
Assignment berlambak. Macam haram. Cadang nak tidur sekarang, pukul 5 bangun buat. Konon. Takpela, aku ingin dibuai mimpi main dengan Blake Lively.

Friday, October 3, 2008

Raya















Hari Raya kembali, setahun sekali. Aku rasa Raya tahun lepas macam semalam sahaja, masih lagi terpahat kat minda aku ni. Tahun ni, aku tak ada mood nak sambut. Aku sendiri taktau kenapa. Mungkin sebab aku sedang melalui fasa baru dalam hidup aku. Dulu aku akan menghabiskan berpuluh ringgit untuk beli mercun, sekarang jangan harap aku nak beli, inikan main. Buat meriam pun tidak mahu. Dan juga sudah tidak kisah jikalau dapat duit raya ataupun tidak (kecuali daripada saudara terdekat-lah). Aku semakin tua, semakin dekat dengan akhir remaja. Sudah mahu masuk alam dewasa. Apa agaknya rasa bila umur mencecah 20 tahun? Sudah tidak ada numero uno dihadapan ketika menulis umur. Kenapa aku risau sangat ni? Aku akan bertolak ke Kampung Nakhoda, Batu Caves lepas ni, menemani nenek aku, dia suruh aku drive.
Don't feel like this, she's not even yours to begin with.