Friday, September 19, 2008

#24














Shawal bakal menjelma. Reunion dengan brodo-brodo ni. Rindu beb dekat diorg ni. Rindu nak memantat dengan diorg ni. Semua sekarang dah melanjutkan pelajaran kecuali Sam dengan Nyet. Sam baru balik PLKN manakala Nyet pula baru je habis SPM BM Julai, so masih menunggu result. Jumaat depan shopping(!) dengan diorg, I finally can shop with this honest but cruel fashion advisor(s).

"Baju ni pukimak doh dkt kau, tkpyh beli,"

"Taste kuda siot kau ni"

Bebarapa contoh ayat yang sering digunakan. Sesiapa nak terserempak dengan aku, sila lah pergi ke OU, Sunway Pyramid dan Mid Valley Jumaat minggu depan. Confirm jumpa.

T.I. - Big Shit Poppin'

C
runch time! Manchester United lawan Chelsea esok. Kurang konfiden kerana akan berlawan di Stamford Bridge, credit to Chelsea, diorg tk pernah kalah dekat situ dalam 4 tahun (?) dalam Liga Inggeris (?).

#23

Aku baru jumpa website baju yang offer pelbagai catchy words. Okay aku tau banyak website dan juga Angkatan Baju Malaya ada macam ni tapi serious ni memang menarik perhatian aku. Sila lah pergi http://www.bustedtees.com/ . Harga dia yang menarik turn me off -.- Some of the designs:



Wednesday, September 17, 2008

#22

Semenjak aku habis Midsem, aku memang rilek je. Serious beb, kelas aku banyak yang dibatalkan. Sampai aku, yang pemalas macam babi ni, rasa rimas bila takda kelas. Yela tengok dalam bilik, kosong je. Semua pergi kelas. Belajar. Aku dah berazam nak berubah tapi... tak jugak heih. Aku study pun very inconsistent, tengok mood. Tapi kalau study memang miracle ah, so let's make that a habit shall we?
Semalam Section F tangkap gambar rasmi. Aku dah semangat pakai cardigan tapi tengok-tengok kena pakai blazer. Cis. Aku sanggup mengharungi panas terik dengan matahari yang memancar atas kepala tu (ayat tak boleh bla). Tapi bila informal shot memang agak gempak ah, aku bajet Slash haha tapi Black serious rasta beb, macam Bob Marley (No Woman, No Cry).
Lepas ni aku ada bomba, sigh. Sesi mengikat tali, macam minggu lepas. Siap ada ujian, wish me luck.

Rancid - Out of Control

Malam ni Cristiano Ronaldo bakal beraksi, jom kita lihat.

Monday, September 15, 2008

#21

Semester satu hampir tamat. Betapa cepatnya masa berlalu, tengok-tengok aku sudah 3 bulan dekat tempat jahanam ni. Bukannya tempat ni tak best, cuma tmpt ni teramatlah terhad hiburannya. Kecuali kamu ada transport dan juga rajin isi minyak. Tapi tidak la serancak Subang Jaya/Hartamas/Bangsar. Apa kamu ingat dekat Taboh Naning ni tkde shisha macam Hartamas Square? Jangan main gila beb, lagi best perisa dia (tipu).
Btw, aku balik ke Micet semalam menggunakan cara yang sama dengan aku balik Shah Alam, menggunakan KTM. Yes. Nasib baik ada train pergi Tampin pukul 4.30 petang. Kalau tak kempunan aku. Konon nak study agama, tengok-tengok agama cancel, kuiz tak jadi. Siapa tak bengang beb (tipu #2).
Hari raya semakin hampir. Bagi aku-lah. Bagi korg tktau la. Masa untuk berbeli-belah. One Utama, Midvalley, Sunway Pyramid, here I come! Tapi malangnya duit aku sikit. Sesiapa nak bagi duit raya in advance?

Taking Back Sunday - You're so Last Summer

Sunday, September 14, 2008

#20

PUKIMAK KAU WES BROWN APAHAL KAU OWN GOAL LA MACIBAI!
Okay lepaskan geram skjp. Dah okay. Heih, such a perfect start to the match ruined. Berbatov dan Robinho mengalami nasib sama. Debut untuk kelab masing-masing diakhiri dengan kekalahan walaupun bermain dengan cemerlang. Assist untuk Berbatov dan gol untuk Robinho. Aku tengok match dekat Khalifah seksyen 3 bengang je dan seperti yang disangka, beribu-ribu SMS dan panggilan telefon aku terima (exaggerating).
Sekarang aku tengah panik, aku tkde transport nak balik Micet. Boy dengan Airil balik esok, kalau boleh aku nk sacrifice Isnin tapi ada test agama la pula heih.
Jap aku writer block. Chow